Top Ad 728x90

Sunday, 4 January 2015

VIDEO: Saat Cemas Helikopter PDRM Terhempas Ketika Memberi Bantuan Mangsa Banjir Di Kelantan

Kira-kira lima hari lalu, kita dikejutkan dengan berita sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah.Bagimanapun, dua juruterbang dan dua kru yang berada dalam helikopter tersebut selamat walaupun ada di antara mereka yang mengalami kecederaan parah.

Di sebalik kejadian itu, kami amat kagum dengan usaha penduduk kampung dan sukarelawan misi banjir dalam membantu menyelamatkan kesemua mangsa tersebut.Video suasana cemas sewaktu insiden itu berlaku telah dirakamkan oleh penceramah yang turut serta dalam kumpulan sukarelawan itu, Zuhasnan Abdullah yang kemudiannya dikongsikan di akaun Facebook.

http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/01/helikopter-2.jpg?resize=494%2C489

Status Facebook Zuhasnan Abdullah yang menceritakan kejadian sebenar menganai helikopter PDRM yang terhempas.



Mujurlah sewaktu kejadian ada lima orang doktor yang kebetulan menyertai misi tersebut dan turut bertungkus-lumus membantu mangsa.Mengharukan kerana pada masa yang sama, mangsa turut diajar mengucap dua kalimah syahadah.

Memetik laporan Bernama sebelum ini, Zuhasnan memberitahu keempat-empat mangsa telah dibawa oleh penduduk kampung dan sukarelawan ke Hospital Tanah Merah.

Apa yang dapat kami simpulkan, musibah banjir sebenarnya memperlihatkan betapa rakyat Malaysia masih tebal dengan sikap prihatin dan saling membantu antara satu-sama lain berbanding masyarakat di sesetengah negara yang adakalanya begitu ‘paranoid’ untuk membantu insan lain yang dalam kesusahan. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90