Melaka: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memberi kelonggaran kepada syarikat atau perniagaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang terjejas teruk dengan bencana banjir untuk membuat pendaftaran cukai perniagaan dan barangan (GST) selepas tarikh tutup yang ditetapkan, semalam (31 Disember 2014).
Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat atau premis perniagaan di tiga negeri itu diberi tempoh lanjutan selama sebulan dan akan berakhir 31 Januari depan.
“Disebabkan bencana banjir yang teruk di tiga negeri ini, mereka diberi tempoh lanjutan untuk membuat pendaftaran selepas terputus hubungan sumber tenaga di kawasan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2024 di Akademi KDRM di Bukit Baru, di sini, semalam.Pendaftaran GST boleh dibuat melalui atas talian dan tempoh sah berbuat demikian berakhir jam 12 tengah malam tadi.
Meskipun tempoh dilanjutkan bagi syarikat atau perniagaan di tiga negeri berkenaan, Khazali berkata, syarikat di negeri lain perlu mematuhi tempoh yang ditetapkan yang berakhir tengah malam tadi.
“Bagi negeri lain, mereka yang gagal mendaftar sehingga hari ini (semalam) boleh dikenakan tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada denda RM30,000 atau dipenjara selama dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
Thursday, 1 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment