“Saya datang ke negara ini untuk bercuti tetapi dipujuk kekasih untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan dan dipaksa memberikan khidmat seks.” Itu alasan lapuk seorang pelanggan (GRO) yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pusat hiburan di Batu 9, Cheras, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, helah wanita Vietnam berusia 23 tahun itu adalah helah biasa yang sudah kerap didengar anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan serbuan.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, pihaknya melakukan serbuan serentak ke beberapa kelab hiburan di Kajang, Puchong dan Damansara Jaya.
“Keseluruhannya, seramai 49 GRO warga Vietnam dan China berusia sekitar 26 hingga 34 tahun ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya yang ditemui sejurus tamat operasi.
Menurutnya, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai penjaga premis dan lapan lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pekerja am di premis yang diserbu.
“Premis hiburan di Kajang itu sudah diserbu lebih tiga kali dalam tempoh enam bulan, namun masih tidak serik menggajikan warga asing tanpa permit yang sah,” katanya.
Sobri berkata, semua yang ditahan hanya memiliki pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini dan semua yang ditahan dibawa ke IPD daerah Kajang, Serdang dan Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Sunday, 4 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment