BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes kecurian yang berlaku di rumah ibadah seperti di surau dan masjid.Tempat suci seumpama ini pun, ada yang tergamak menjadikannya port untuk melakukan perbuatan terkutuk lagi hina.
Screenshot di atas yang menceritakan pengalaman mangsa dan rakan-rakannya jadi mangsa beg tangan dicuri ketika sedang bersolat di sebuah surau di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur ini, elok dijadikan iktibar agar kita lebih waspada.
Dakwa mangsa, suspek dikatakan mengenakan jubah dan berpurdah hingga sukar untuk mengecam wajahnya.Tambah memilukan, bukan telefon bimbit, beg dan wang tunai di dalamnya sahaja lesap malah duit dalam akaun bank juga dikeluarkan oleh pencuri tersebut yang entah bagaimana, boleh pandai pula mencari cara.
Kejahatan si pencuri tak berakhir di situ apabila dia dikesan turut menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan dengan mendakwa anak mereka telah diculik.Kawan-kawan mangsa pula, turut menerima pesanan mesej daripada telefon bimbit milik mangsa yang dicuri, meminta supaya dipinjamkan wang sebanyak RM500.
Pencuri dianggap licik apabila tudung mangsa-mangsanya diambil dan cuma satu ditinggalkan agar mangsa tidak dapat keluar dalam masa segera sebaik menyedari kejadian kecurian untuk mencari dirinya.Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada wanita muslimah di luar sana agar lebih peka dan hati-hati menjaga barangan peribadi meskipun ketika berada dalam rumah Allah.
Maklumlah rambut manusia sahaja sama hitamnya tapi hati lain-lain.Kadang-kadang demi mengikut hawa nafsu sikit perasaan gentar pada Allah Taala pun dah tak ada! -MYNEWSHUB.CC
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Monday, 5 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment