Kuala Lumpur: Jatuh cinta pada pejuang Militan Negara Islam (IS) menyebabkan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, sanggup melangsungkan upacara pernikahan jarak jauh menggunakan laman sosial 'Skype'.
Wanita tempatan berusia 27 tahun itu dikatakan menjalin hubungan cinta singkat dengan seorang militan IS warga Maghribi yang kini berjuang di Syria.
Difahamkan wanita berasal dari Negeri Sembilan itu dilaporkan berkahwin secara sulit tanpa pengetahuan keluarga dengan lelaki terbabit pada pertengahan Disember lalu.
Bagaimanapun hasrat wanita itu untuk menyertai suaminya di Syria terbantut apabila dia ditahan polis pada 24 Disember lalu ketika mahu meninggalkan negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis cawangan khas (Bahagian Anti Pengganas) Bukit Aman turut memberkas seorang lagi penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun yang mahu menyertai militan IS.
Friday, 2 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment