Amboi, aksi seorang gadis yang bergambar seakan-akan ikan duyung di tengah-tengah banjir di Kelantan menerima kecaman dari pengguna media sosial.
Memanglah tidak salah bergambar dan mungkin perbuatan gadis tersebut hanya sekadar untuk suka-suka, tetapi ada pula yang berpendapat ia tidak sesuai memandangkan bencana alam yang sedang melanda negeri berkenaan.
Dengan hanya ber’legging’ serta ditambah pula melekat ditubuh kerana dibasahi air banjir, aksi gadis berkenaan disifatkan sebagai tidak patut kerana memandangkan Kelantan adalah sebuah negeri yang mengambil berat soal aurat perempuan.
Diharap gadis-gadis di Kelantan atau di mana-mana sahaja berfikir terlebih dahulu sebelum memuatkan aksi-aksi sebegini di media sosial kerana penerimaan orang lain adakalanya amat sukar untuk dijangka.- MYNEWSHUB
Thursday, 1 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment