Gregory Graf boleh digelar manusia yang paling hina atas perbuatan dia itu. Selepas dia melakukan perbuatan terkutuk itu, mayat anak tirinya bernama Jessica Padgett, 33 Tahun telah disorok dibelakang rumahnya dan hanya dijumpai 5 hari selepas kejadian yang terkutuk itu.
Padgett, 33, kali terakhir dilihat pada Nov 21, apabila dia keluar dari tempat kerjanya di sebuah pusat jagaan harian. Dia dipercayai ditembak hanya dalam masa 10 minit selepas meninggalkan pusat berkenaan dan mayatnya hanya ditemui lima hari selepas kehilangannya.
Graf ditahan lima hari kemudian selepas polis menemui mayatnya dikebumikan di belakang sebuah bangsal di hartanah yang mana beliau tinggal bersama ibu Padgett itu.
Graf, 53, ditahan oleh pihak Polis tanpa ikat jamin atas tuduhan melakukan pembunuhan. Pemilik syarikat pagar mengaku membunuh Padgett, seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak.
sumber:http://pejamkelip.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment