Top Ad 728x90

Saturday, 24 September 2016

,

Tips Untuk Menghalau Lipas Yang Bersarang Di Dalam Kereta



Kemunculan lipas bukanlah sesuatu perkara yang menggembirakan dan lebih-lebih lagi sekiranya mereka muncul semasa kita tengah memandu.

Kehadiran lipas di dalam kenderaan boleh disebabkan oleh habit kita untuk makan dan minum di dalam kenderaan dan meninggalkan bekas-bekas makanan itu semalaman di dalam kenderaan.

Jadi, kali ini kami ingin menyenaraikan empat cara mudah untuk menghalau lipas yang bersarang di dalam kenderaan anda. Antara cara-caranya…

1. Gunakan kapur semut/lipas

Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta.

Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

2. Gunakan spray, pelbagai jenis yang ada kat pasaran

Sebaiknya carilah yg jenis mesra alam dan tak berbau busuk…

3. Gunakan daun pandan (paling baik dan mesra alam)

Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je).
Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta…

4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yg sedia ada di pasaran
Suka Tips Ni? Silakan tekang butang SHARE..


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90