Baju putih memang susah nak jaga. Kalau silap bercampur dengan baju lain ketika mencuci boleh menyebabkan warna baju lain melekat pada baju warna putih. Kalau nak cuci baju putih, korang kena asingkan dan jangan campur dengan baju warna lain.
Bukan itu sahaja, baju warna putih sangat mudah nampak lusuh dan tidak kelihatan putih seperti baju baharu yang dibeli. Kalau dah lusuh nak pakai pun rasa segan kan? Jangan risau, kami ada tips mudah untuk korang kekalkan warna putih itu dengan guna 1 bahan ni je.
Menurut pakar, cuka adalah satu bahan yang sangat berkesan untuk memutihkan baju putih malah boleh melembutkan kain.
Cara-caranya, korang hanya masukkan setengah cawan cuka dan serbuk pencuci ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa. Setiap pakaian yang berwarna putih, tidak kira stoking, cadar dan sebagainya boleh dicampur dengan cuka dan lihat hasilnya pakaian korang akan putih melepak kembali! Selamat mencuba yaa!
0 comments:
Post a Comment