Assalamualaikum wbt
Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB di basuh sebelum dibuang.
Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas 'torture' terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)
Sebab apa?
Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan lah, jin la. Akan buat badan sakit la.
Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.
1: DALIL BASUH UNTUK KAIN
Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula di pakai utk solat. Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.
Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu.” Bukhari dan Muslim.
Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.” [1]
Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, “Perintah untuk menggosok dan mengerik darah haid tersebut menunjukkan akan kenajisannya.”[2] Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.
Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, utk digunakan semula, perlu lah basuh terlebih dahulu kain tersebut. Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang se almari bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kena la cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.
2: TAK PERLU BASUH JIKA PAD
Dan ulama' juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkah) dan lebih baik ditanam. Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ade tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet or buang kat sinki, paham?
Macam UStaz Azhar kata kt video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan? Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, kita cuci dulu ka taik tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nk pakai semula.
3: JANGAN MENGADA-ADAKAN KHURAFAT!
Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa... tu la banyak beno masa tengok cerita hantu. Kalau dah elok di buang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje. Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama' punya pandangan ye
Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun.”
Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)
(1) Narrated AbuSa'id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): Can we perform ablution out of the well of Buda'ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything. (Book #1, Hadith #0066)
Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu. (sumber dari blog: http://saramsa-rawahil.blogspot.my/)
So, dah terjawab dah mitos ni?
Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ianya tkde nas dan dalil.
Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu? :)
Sumber: Salwasaleh
0 comments:
Post a Comment