Tak tahu lah korang perasan ke tak, tapi passport bagi seluruh negara di dunia hanya ada 4 warna sahaja iaitu merah, biru, hijau dan hitam. Setiap warna ni mencerminkan negara tertentu dan kebanyakkan negara memilih warna merah dan biru. Setiap negara ada kebebasan untuk memilih warna passport sendiri.
Passport negara kita Malaysia tentulah berwarna merah. Tapi kenapa ada 4 warna sahaja dan ada maksud apa-apa ke disebalik warna ni? Haa meh sini nak bagi tahu pasal passport ni so kalau travel tu takda lah tertanya-tanya kenapa negara ni warna lain negara tu warna lain.
HIjau
Kebanyakkan negara Islam memilih warna hijau kerana ia simbol alam semula jadi dan kehidupan. Hijau juga digunakan negara-negara Economic Community of West African States (ECOWAS) seperti Nigeria dan Ghana.
Biru
Menurut Vice President of Marketing Passport Index, Hrant Boghossian passport berwarna biru adalah untuk 'negara-negara baru' seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Indonesia juga menukar warna passport dari hijau kepada biru pada tahun 2014.
Hitam
Pasport bersampul hitam tampak lebih elegan dan resmi. Beberapa negara yang menggunakan sampul hitam antara lain Republik Bostwana, Zambia, dan Selandia Baru.
Merah
Passport berwarna merah pula dikatakan untuk negara yang menyertai negara-negara Uni Eropa dan negara yang tertarik menyertainya.
Hanya dengan passport kita boleh melawat 140 buah negara.
Kredit: ERA fm
0 comments:
Post a Comment