Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu…. Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya…). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan… (bukan utk bercerai, ya…. tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).
Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), haram hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp “guna duit awak dululah, nanti abang ganti.”…. suami wajib ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.
Hidup suami isteri kena ada give & take… Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir tetap tanggungjawab suami.
Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”
Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”
Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.
0 comments:
Post a Comment