Dalam menjalankan tugas sebagai mana kewajiban seorang polis trafik untuk menjaga keselamatan awam atau pengguna jalan raya amatlah penting dan itu adalah tanggung jawab mereka.
Kena tengking,maki hamun adalah irama yang menjadi alunan musik yang mereka dengar setiap hari. Padahal mereka hanya menjalankan tugas yang sebenarnya kebaikannya untuk anda sendiri.
Di sini telah berlaku satu kejadian yang cukup menarik dimana seorang yang nampak alim hanya mengenakan songkok putih dan berbaju putih layak sebagai seorang yang nampak kuat beragama berperang mulut dengan polis trafik akibat tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal.
Yang menariknya dalam pertengkaran mulut tersebut,Pengguna motorsikal tersebut memetik nama Rasullulah sebagai alasan mengapa beliau tidak perlu memakai helmet ketika menunggang motorsikal. Berikut perbualannya:
Polis: maaf boleh saya melihat lesen pakcik?
Pakcik: apa kesalahan saya?
Polis: pakcik tidak memakai helmet
Pakcik: saya tidak akan mengenakan helmet sebab itu bukan sesuatu yang wajar di agama saya.
polis: maksud pakcik?
Pakcik: Rasulullah tidak pakai helmet,jadi jangan paksa dan minta kepada saya untuk memakai sesuatu yang tidak dikenakan beliau
Polis: tapi setahu saya,rasulullah tidak menunggang motor,saya ada satu soalan sederhana,kalau zaman nabi ada motor apakah pakcik yakin Rasulullah tidak akan pakai helmet?
Pakcik: tersentak dan terdiam.
Polis: pakcik dengan mudahnya mengharamkan yang pakcik benci,tapi menghalalkan yang pakcik sukai,seolah pakciklah penentunya,saya percaya bahawa Rasulullah lebih menyukai ummatnya yang melindungi kesihatannya dan menjaga dirinya serta keluarganya.
Pakcik: Apa maksud tuan,apakah kerana tidak memakai helmet saya tidak melindungi keluarga saya?
Polis: Ohh,sudah tentu pakcik,sebab jika terjadi hal buruk kepada pakcik akibat tidak memakai helmet,apakah keluarga pakcik tidak menerima akibatnya? bagaimana dengan perasaan takut dan tertekan yang akan mereka rasakan,siapa nanti yang akan mengurus dan menafkahi mereka?
Pakcik: Allah akan menafkahi mereka
Polis: Melalui apa dan siapa? bukankah rezeki yang diberikan Allah akan melewati orang lain? begitu halnya dengan keluarga pakcik,mereka menerima rezeki dari Allah melalui pakcik,jika pakcik mati akibat kemalangan,besar kemungkinan rezeki mereka akan melalui orang lain,mungkin jadi ayah tiri,apakah pakcik ikhlas dengan semua itu.
Pakcik: Sekali lagi terdiam seolah apa yang dikatakan polis trafik itu mempunyai fakta yang kuat akan kebenarannya,dimana pada akhirnya pakcik tersebut mengeluarkan lesen dan ic untuk di saman kerana tdak memakai helmet ketika menunggang motor di jalan.
Polis: Melindungi diri sama halnya dengan melindungi keluarga sendiri mungkin nampak remeh dengan sebuah helmet,tapi cuba pakcik bayangkan perasaan senang hati yang di rasai oleh isteri,ibu,ayah,anak di saat mereka melihat kepala kita di lindungi oleh helmet. Kita tidak akan mendapat kasih sayang seperti mereka dari manusia lain maka dari itu cintailah keluarga anda.
hari ini saya tidak menyaman pakcik,anggaplah nasihat saya sebagai surat saman bagi pakcik.
0 comments:
Post a Comment