Top Ad 728x90

Thursday, 22 September 2016

Bahaya Cermin Dua Arah. Ini Cara Nak Tahu



Zaman sekarang ni pelbagai jenis jenayah yang berlaku di dunia dan salah satunya adalah kes mengendap di tandas awam, fitting room dan banyak lagi lokasi lain yang berpotensi.

Jenayah kecil ini kebanyakkan dilakukan dengan menggunakan cermin dia arah untuk merakam atau melilhat tubuh badan mangsa dan mungkin rakaman itu akan disebarkan untuk pelbagai tujuan. 

Disebabkan perkara ini, setiap individu haruslah bersikap waspada dan hati - hati supaya tidak menjadi mangsa keadaan. Disini kami ingin kongsikan cara untuk mengenalpasti cermin dua arah, berikut adalah ciri -ciri cermin dua arah.

1. Mempunyai Ruang.

Cuba letakkan jari anda di hadapan cermin. Jika ia mempunyai ruang antara refleksi jari anda itu menandakan cermin itu adalah asli dan jika tidak, ia bermakna anda sedang diintip.

2. Telefon

Cuba buat panggilan telefon didalam bilik tersebut, jika anda mempunyai masalah berkomunikasi seperti tersangkut - sangkut itu bermakna anda telah menjadi mangsa. 

3. Intip.

Tekan wajah Anda ke cermin dan tangkup tangan anda di sekitar wajah kerana secara tidak langsung ia akan  membuat lorong gelap untuk menghalangi cahaya sebanyak mungkin. Anda akan dapat melihat ruangan sebelah jika ia adalah cermin dua arah.

4. Cahaya

Suluh lampu kearah cermin dan jika ia adalah cermin dua arah, ruang di sisi lain akan diterangi dan Anda akan bisa melihatnya.

Kredit: ERA fm

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90