Top Ad 728x90

Friday, 8 February 2013

Sharnaaz Ahmad Kecewa Dengan ND Lala

Kuala Lumpur: “Saya nekad tiada rombongan merisik buat ketika ini,” itu kata putus diberi pelakon, Sharnaaz Basir Ahmad, 28 yang kecewa apabila hubungannya dengan Shila Amzah, 24 seolah-olah tidak mendapat restu bapa penyanyi terbabit, ND Lala, 52.

Menurut Sharnaaz, kerana hubungannya dengan penyanyi itu seperti tidak menemui jalan penyelesaian, dia tidak mahu memikirkan lagi hala tuju hubungan mereka yang terjalin sejak tiga tahun lalu.“Saya sudah berusaha untuk memperisterikan Shila, mendirikan masjid tetapi niat baik ini disalahertikan. Sekarang terpulang kepada Shila untuk menerima saya atau sebaliknya,” kata pelakon filem Juvana itu.
Kata Sharnaaz, dia kecewa apabila ramai pihak menyalahkannya berhubung kontroversi panas berlarutan sejak minggu lalu itu. Tambahan pula kekecewaan itu turut dirasai ibu bapanya di Pulau Pinang.“Saya tidak mahu bercakap panjang dan saya mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mendapatkan ketenangan,” katanya.
 

Menurutnya, dia akui sayangkan penyanyi lagu Patah Seribu itu namun buat masa ini, biarlah takdir menentukan segalanya.Menurutnya, sejak pulang menjalani rakaman di China beberapa hari lalu, Shila belum menghubunginya sama ada bertanyakan kontroversi itu atau bertanya khabar.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90