Top Ad 728x90

Friday, 15 February 2013

Angkara Wanita Vietnam Nafkah Batin Diabaikan

“Bukan hanya wang ringgit, malah nafkah batin saya turut diabaikan akibat penangan wanita Vietnam ini.“Saya jadi gila dan geram,” kata pemilik sebuah restoran di Tambun, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Rohani, 48, yang hilang sabar selepas mengetahui hubungan sulit suaminya dengan wanita asing berkenaan.

Dia tidak dapat menahan marah selepas mengetahui suaminya yang juga pembekal kayu binaan berfoya-foya dengan beberapa wanita Vietnam di beberapa spa terkemuka di bandar raya ini.“Patut dia selalu mengadu tidak cukup wang, rupa-rupanya duit didermakan kepada gundik Vietnam,” katanya.

Rohani yang mempunyai empat anak berkata, dia mengesan perbuatan suaminya yang berkelakuan pelik apabila kerap keluar pada waktu malam serta menyembunyikan telefon bimbitnya.-metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90