Kuala Lumpur: Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).
Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.
Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.
Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.
Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.
Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif
Berdasarkan maklumat daripada Sally dan Tina, wartawan Metro Ahad melakukan pemantauan kira-kira seminggu di laman sosial Facebook (FB) untuk mengesan kegiatan tidak bermoral dalam kalangan gadis, termasuk yang masih bersekolah.
Hasilnya, wartawan menemui lebih 50 pengguna FB membabitkan gadis belasan tahun sehingga pertengahan 20-an yang mempromosi diri menerusi laman sosial itu dengan bermodalkan gambar seksi didakwa milik mereka untuk tujuan pelacuran.
Puluhan gambar seksi dipaparkan di laman sosial terbabit, malah ada antara mereka tanpa segan silu memuat naik gambar separuh bogel bagi tatapan lelaki miang.
Taktik itu dipercayai antara cara pemilik FB terbabit menarik perhatian lelaki yang dahagakan seks. Malah, kebanyakan pemilik akaun FB itu mempunyai ribuan pengikut, terutama lelaki, kerana taksub dengan gambar dipaparkan.
Meskipun kelihatan mudah ‘menjual’ diri menerusi laman sosial terbabit, mereka tidak meletakkan harga secara terang-terangan di dinding (wall) laman sosial itu, sebaliknya lebih gemar tawar menawar melalui mesej. :mymetro
0 comments:
Post a Comment