Wednesday, 9 January 2013
pelik
Chiang Mai – seorang ibu dituduh membunuh dan memakan anaknya sendiri. Kedua-dua anaknya itu masing-masing berusia 1 tahun dan 5 tahun. Wanita dari Suku Musur yang tidak diketahui identitinya ini tinggal di wilayah Mae Ai, Thailand.
Pihak polis tempatan mengatakan bahawa wanita ini memang ditemui sedang tertidur dengan potongan tubuh di sisinya, dan ternyata bahagian tubuh itu adalah potongan tubuh kedua-dua anaknya. Namun, polis belum menemui bukti apakah sang ibu juga memakan kedua-dua anaknya itu. Untuk mencari kebenaran tentang kejadian tersebut, pihak polis cuba mengajukan beberapa soalan berkaitan, tetapi wanita ini tidak memberikan jawapan sama sekali.
Menurut keterangan sang suami, ibu dari kedua-dua anaknya ini ternyata mengalami gangguan jiwa sejak 2007 lalu. Suaminya menambah bahawa isterinya juga sudah berhenti mengambil ubat sejak 2 bulan yang lalu. Sebelum waktu kejadian, sang isteri sedang dalam keadaan normal. Suaminya berkata pada sang isteri bahawa dia harus pergi keluar bandar selama beberapa hari untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh sang isteri. Namun, dia tidak pernah menduga kalau akibatnya akan separah ini. Khabarnya, sakit yang dialami sang isteri menimbulkan halusinasi yang tidak terkawal.
Bangkok Post menuliskan bahawa sebelum dia membunuh kedua-dua anaknya, sang ibu ini berhalusinasi ada seorang wanita yang datang untuk melukainya. Hembusan berita demi berita yang belum dapat dipastikan kebenarannya, membuat pihak polis yang mengendalikan kes ini angkat bicara. Mereka menyeru para warga dan media untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar, malah seharusnya mereka berempati terhadap masalah yang sedang dialami oleh keluarga kecil ini.
Proses undang-undang tidak dapat dijalankan walaupun sang ibu sudah dituduh telah melakukan pembunuhan sadis terhadap kedua-dua anaknya. Gangguan mental yang dialaminya dianggap tidak layak untuk sang ibu membela dirinya dalam perbicaraan, sehingga polis menghantarnya ke Rumah Sakit prung Suan terlebih dahulu untuk menjalankan beberapa siri rawatan.-apekepelik.blogspot
Ibu Sanggup Makan Anak Kandung Sendiri

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment