Ada seorang isteri yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Isterinya itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali ingin bercakap dan setiap kali dia ingin memulakan sesuatu.
Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mengejek isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata :
"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan duit yang banyak kepada isterinya dengan berkata,"Simpan duit ini."Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, namun suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan diam-diam suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkannya ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku duit yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. mengirimkan malaikat Jibril A.S. untuk mengembalikan duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terkejutnya suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
0 comments:
Post a Comment