Top Ad 728x90

Thursday, 31 January 2013

Cara Jelaskan Hutang Jika Pemberi Hutang Tidak Dapat Dikesan


Soalan:

Asalamualaikum tuan,

Saya fauzi dari kg sg baru utan aji, ingin bertanya, saya ada berhutang pada kawan saya semasa belajar dulu, selepas belajar kami terputus hubungan dan tak tahu bagaimana nak bayar hutang mereka.

Bagaimana cara Islam untuk membayar hutang kepada orang yang tak boleh di hubungi atau lost contact.
Jawapan:

Pertama sekali anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghubunginya dan membayar hutang tersebut kepadanya. Jika anda tidak berjaya menghubunginya atau kawan anda tersebut telah meninggal dunia, namun anda dapat menghubungi warisnya seperti isteri atau anak-anaknya, maka hutang tersebut hendaklah diserahkan kepada warisnya yang masih ada.

Jika anda tetap gagal menghubungi kawan tersebut dan gagal juga mengenal pasti ahli warisnya. Maka jalan melangsaikan hutang anda ialah dengan bersedekah sebanyak jumlah hutang tersebtu untuk kawan anda. (Syarah Riyadh al-Solihin oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin)

Wallahu a’lam.

sumber:bin-sahak.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90