Top Ad 728x90

Wednesday, 5 October 2016

Tips Cara Untuk Elak Pintu Rumah Dipecah Oleh Perompak

by


Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.

Berikut adalah perkongsian beliau.
My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share!
A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar.
He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired!
You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.
Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.

Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.


Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM

by


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta termasuk sembilan buah kereta mewah, barangan kemas, geran tanah serta beberapa lagi barangan lain, susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di ibu negeri itu, semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua wang dan barangan tersebut ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek. 

RM52 juta dari RM112 juta wang tunai itu disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek. Selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka. 

"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54 dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan untuk membantu siasatan. 





"97 geran tanah milik seorang dari pegawai kerajaan terbabit juga turut dirampas. Siasatan secara terperinci juga akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya. - 

Kredit: www.thereporter.my

Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah Servisnya Sendiri (Mohon Kongsikan)

by


D.I.Y SEJUKKAN AIRCOND KERETA

Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena cas nanti kan.

Artikel ini dipetik menerusi Facebook Seri Kehidupan Abadi.

Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk kereta korang.

MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.

Antara bahan-bahannya ialah :


Foam Pipe
Aluminium foil tape
Cable Ties
Pisau @ Gunting


Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut... Jom kita mulakan.



Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine. Tengak mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.


Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung. Sejukkk woo aircon keta nanti.


Selamat Mencuba..

'Dapat Housemate Cantik Tapi Pengotor' - Gadis Nasihatkan Para Lelaki Jangan Mudah Terpedaya Dengan Perempuan Muka Cantik

by


Hello semua, ini aku nak cerita tentang budak-budak rumah sewa aku. Nama aku Yuri, bukan nak berlagak tetapi aku berasal dari anak orang berada. Aku tak pernah pegang penyapu, mop dan pakaian kotor. Kiranya aku tak pernah buat kerja rumah sebab ada bibik. 

Bila aku mula pandai buat kerja rumah? Bila aku tengok roomate aku bangun awal setiap pagi di hujung minggu untuk mengemas rumah. Aku bukan tak nak tolong tetapi aku tak reti. Kalau bilik air kotor sangat, aku panggil bibik datang cucikan. Punyalah berlagak kan. Jadi, bila tengok roomate aku tengah kemas rumah, aku pun tergerak hati nak tolong bersama. Jadi, terima kasihlah kepada roomate aku yang ajar aku cara menggunakan mop, penyapu dan lain-lain. 

Bila aku dah bekerja, aku duduk di rumah sewa. Dapat housemate yang okay pada pandangan mata tetapi Allah saja yang tahu betapa pemalasnya dua orang housemate aku ini yang bernama Ainur dan Berry. Selama dua minggu aku duduk di rumah ini, tak pernah dengar aktiviti berus memberus. Patutlah bilik air kotor nak mampos. Aku cari berus, jangan kata berus, sabun dan klorox pun tak jumpa. Berkira sangat nak membeli. 

Aku pun belilah barang-barang rumah. Cuci-cuci sampai berkilat. Boleh dikatakan aku cuci bilik air dan tandas setiap dua minggu. Ainur cuci sekali sekala saja. Itu pun kalau dia rasa dia nak buat. 

Selepas dua tahun, Berry nak pindah dan ada budak baru bernama Fatin menggantikan tempat dia. Dua tahun juga aku cuci bilik air itu seorang-seorang. Jadi, aku buat jadual kemaskan rumah. 

Minggu pertama dimulakan dengan aku. Kedua dan ketiga, tiada siapa yang cuci. Babun betul! Macam mana si Fatin dengan Ainur mandi? Tak rasa geli ke? 

Aku dah tanya si Fatin kenapa tak cuci bilik air. Sibuk pula katanya. Lupa dia kerani yang keluar rumah paling lambat tapi balik rumah paling awal antara kami. Akhirnya Fatin cuci juga bilik air itu. Bilik air sajalah, tandas yang tempat dia melabur hari-hari tak pula dibasuh. Itu pun cuci bilik air sekadar biasa sahaja. 

Si Ainur pantang ditegur kerana dia paling tua antara kami. Jadi aku malas nak tegur. Dia pula asyik bertanya kenapa diri dia tak kahwin lagi tetapi tak nak pula tanya diri dia sendiri bila dia nak basuh bilik air dan tandas? 

Kenapa aku mentioned aku anak orang berada? Sebab sebelum aku nak cop korang pemalas, aku selidiklah, bimbang korang ini anak orang kaya macam aku yang memang tidak pernah pegang penyapu. Cit! Rupanya tak. Bila ditanya siapa yang kemas rumah mereka selama ini, selamba saja beritahu mak diorang yang cuci. 

FACEPALM!

Aku sejak dah pandai mengemas, bibik aku jadi inspector kebersihan saja di rumah aku. 

Ainur dengan Fatin ini cantik sangat dan lemah lembut orangnya berbanding dengan diri aku yang gemuk. Bilik mereka kemas saja, pandai susun atur berbanding bilik aku bersepah. Tetapi kenapa mereka berdua ini tak pernah terfikir nak cuci bilik air? Aku boleh tolerate dengan orang yang bersepah tetapi bukan pengotor. 

Oh satu lagi, rambut perempuan ini cepat gugur. Jadi setiap kali aku mandi, aku naik geli bila tengok rambut tersangkut di lubang air. Geli-geli aku, masih juga buang rambut mereka. 

Dua tahun itulah rutin mandi aku sampai aku fed up. Mereka yang ada akal itu tak pernah terfikir, 

"Eh, rambut-rambut ini mana hilang eh?" 
"Rambut aku gugur banyaklah, tapi siapa kutip eh?"

Ada satu hari aku bercuti dua minggu. Bila balik rumah sewa, rasa nak muntah sebab rambut tutup habis lubang air. Terpaksa letak plastik dan cakap dengan housemate aku suruh buang rambut yang gugur itu dalam plastik. Sekali ketuk sekali jalan. Eee! 

Itu belum lagi kapas muka yang mereka gunakan untuk bersihkan muka, kemudian tinggalkan di sinki bilik air. Ya Allah, kapas itu kembang okay! Geli weh geli! Nasib dah kena sound setepek sebelum ini. Yang itu memang aku mengamuk sebab perangai dari Yahudi mabuk mana buang kapas tepi sinki. 

Kawan-kawan aku cadangkan aku sound setepek sebab aku ada kebolehan untuk sound orang. Tetapi bagi aku, Ainur dengan Fatin ini sudah layak dipanggil mak orang dah. Jadi tak perlu aku nak sound macam aku sound budak-budak di tempat kerja aku. Alasan yang selalu mereka guna, mereka sibuk. Ya, kerani memang sibuk dan aku faham sangat sebab dalam dunia ini ada 30 juta engineer yang mengurangkan kerja aku. 

Kepada lelaki-lelaki yang nak mencari isteri itu, tak perlulah tengok perempuan itu jenis kemas dan meja tak bersepah, atau menyangka perempuan lemah lembut itu pembersih orangnya bagai. Mungkin dia tak suka bersepah dan pembersih tetapi tukang bersih rumah bukan dia. - Oleh Yuri

Sumber: The Reporter

Tuesday, 4 October 2016

Cara Hapuskan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju Dengan 2 Bahan Sahaja Rugi Kalau Tak Cuba

by


Bila dah bergelar isteri dan ibu, tak sah satu hari kalau tiada pakaian yang tak menempel dengan kotoran. Tambah lagi bila anak sudah mula sekolah nak membersihkan baju sekolah yang berwarna putih itu memang satu hal.

Tapi satu lagi kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret suami.

Biasanya kalau guna deodorant, baju mesti jadi mangsa. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning. Kalau pakai baju berwarna gelap ok lagi kan, tapi kadang tu memang ada tempat kerja digalakkan pakai baju berwarna cerah. 

Lagipun siapa yang nak pakai baju warna gelap ke tempat kerja hari-harikan. Teringin juga untuk menambah keyakinan tapi risau pula bahagian ketiak baju yang berubah warna kuning tu!

Inilah yang akan rosakkan penampilan anda, nak angkat tangan pun agak segan. Kadang walau dicuci, kesan kuning tetap ada. Tak kan nak beli baju baru setiap kali masalah ini berlaku mahu kering poket tiap-tiap bulan tukar baju. 

Jadi hari ini kami kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun. Kalau dah sental-sental tak hilang juga ikut petua ini. So simpan artikel ni okay.

Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu sediakan cuka!

Cuba semak sini caranya:

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.
2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.
3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.
4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.
5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka
6. Kemudian anda boleh mencuci baju seperti biasa dengan sabun dan terus keringkan seperti biasa. 

Selamat mencuba!

Berhenti Duduk Cara Begini Dalam Kereta Kalau Sayang Nyawa Anda..

by


Kami yakin dan pasti ini adalah posisi duduk paling selesa semasa di dalam kereta terutama bila kita dah tak tahu nak buat apa. Tapi laporan telah menunjukkan cara duduk dengan meletakkan kaki di atas dashboard adalah sangat bahaya dan boleh bawa maut!

Beg udara akan aktif pada kelajuan 100 hingga 220 MPH. Jadi, bayangkan kalau sesuatu terjadi dan airbag anda keluar tapi kaki berada di situ. 

Seorang pengguna pada post yang viral di Facebook menulis, " Saya duduk dalam keadaan begitu dan terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, tulang hidung saya patah dan hilang gigi saya. Saya menerima 8 jahitan di luar dan 6 jahitan di dalam."

Jadi sentiasa beringat dan pastikan anda memakai tali pinggang keledar. 

Kredit: ERA fm

Kecilkan Pori-Pori Dan Cerahkan Kulit Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini. Jimat!

by


Setiap wanita pasti mengidamkan punya wajah yang halus dan putih, atau mungkin mahu kulit yang bebas daripada segala masalah kulit.

Sesetengah wanita sanggup menghabiskan duit semata nak tutup cela di wajah tapi wanita, pernahkah anda terfikir nak cantik dengan cara semulajadi.

Ramai yang tidak tahu bahan semulajadi sebenarnya mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit anda walaupun ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Tapi percayalah cara ini jauh lebih selamat dan jimat.

Kulit kayu manis mampu membuat pori-pori kulit mengecil. Selain itu, kulit kayu manis mengandungi zat anti bakteria yang berguna untuk mengubati infeksi pada kulit.

Dengan menggunakan masker kayu manis dan madu, ini akan membuatkan kulit wajah bebas jerawat, lebih halus, dan cerah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

2-3 sudu serbuk kayu manis

1 sudu makan madu

Cara penggunaan:

1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau sebati.

2. Cucilah wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan masker kayu manis ini.

3. Sapukan masker pada wajah (pastikan tangan bersih).

4. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sampai masker kering dan cuci dengan air dingin.

5. Keringkan dengan tuala bersih.

Lakukan rutin ini 2-3 kali dalam seminggu untuk hasil yang terbaik. Gabungan dua bahan ini akan sangat efektif untuk membuat wajah anda semakin cantik dan mulus. Selamat mencuba.

Kredit: http://sajakongsi.com/

Ketahui Perkara-Perkara Yang Membawa Wanita Solehah ke Syurga

by


Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

1- Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

2- Hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah
wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

3- Selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

4- Solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

5- Berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. 

Demikianlah, wallahualam

Keburukan Makan Organ Dalaman Haiwan yang Wajib Anda Tahu

by


Biasanya waktu kecil hati ayam yang digoreng garing memang jadi rebutan kami adik beradik dan macam makan keropok pula. Kalau musim raya haji pula, selalu mak pesan pada abah beli hati lembu, itupun sedap kalau dimasak nipis-nipis. Maklumlah kami adik beradik ramai kalau nak makan daging je memang tak mampu lah, organ dalaman yang harganya lebih murah pada waktu itu merupakan sumber Vitamin B utama kami. 

Suatu hari mak balik dari ceramah agama, kongsi ilmu berkaitan keburukan organ dalaman terutama sekali hati. Nabi kita Rasullah s.a.w pun tidak menggalakkan kita makan organ dalaman haiwan. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. 

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Sekarang biasanya kalau beli ayam kami awal-awal lagi suruh pakcik tu buang semua organ dalaman. Kebanyakkan organ dalaman haiwan ini digunakan untuk menghasilkan makanan haiwan lain dalam bentuk palet, seperti makanan kura-kura atau kucing. 

Makanan Sunnah! Khasiat Buah Delima Yang Ramai Orang Tak Tahu, Si Buah Syurga

by


Buah delima adalah antara buah-buahan terkenal di dunia dan menjadi kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Buah ini berasal dari tanah Iran, berbentuk bulat sebesar buah limau, berkulit keras dan isinya berbiji-biji serta manis berjus apabila di makan.

Dalam sesetengah masyarakat, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. contohnya menjadi lambang kesuburan dalam perkahwinan di negara-negara Timur Tengah dan di China.

Buah delima disebut sebagai buah syurga, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud: “Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”.

Buah ini tidak asing lagi dalam perubatan dan kecantikan kerana kandungan nutrisinya yang sangat baik untuk badan.

Berikut antara kebaikan dan khasiat buah delima:

1. Melambatkan proses penuaan

Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

2. Mengembali dan memulihkan sel

Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima yang kaya dengan nutrisi memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit.

3. Merawat muka berminyak dan berjerawat

Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

4. Mengelakkan keguguran rambut

Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

5. Melindungi kesihatan jantung

Melalui kajian Proceedings of the National Academy of Sciences, jus delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri serta mengeluarkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology, pesakit  koroneri  (PJK) yang makan jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

6. Mencegah dan mengubati kanser

Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser.

Kanser payudara: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan mengekalkan sel-sel sihat. Ia juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
Leukemia: Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

7.  Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer

Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Tikus tersebut telah mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan menggerakkan tugas mental dan otak dengan baik.

8. Menyembuhkan Anemia

Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.

9. Mengurangkan risiko kanser prostat

Pengambilan buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada menghidap penyakit-penyakit tersebut.

10. Baik untuk sistem penghadaman

Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”

Kredit: lelakisihat.com

Padah Berus Gigi Lebih 3 Kali Sehari. Anda Mesti Tahu Ini..

by


Tadi ada seorang pesakit perempuan, 56 tahun, datang sebab sakit gigi. Katanya sangat sakit bila gigit makanan keras, sakit bila berus, sakit bila minum. Dia juga pernah terasa sakit sehingga terpaksa mengambil panadol. Pesakit ini jenis yang sangat jarang mengambil ubat tahan sakit.

“Kalau skor 1-10 (paling sakit), puan skor ke berapa?” soal saya.

“Lapan,” jawabnya.

“Selalu ke sakit?” untuk kepastian.

“Selalu,” katanya.

Bila saya periksa, apa yang saya nampak ialah gigi dan mulutnya sangat bersih. Tetapi secara general, ada lengkuk yang dalam di permukaan gigi terutamanya gigi taring dan gigi-gigi seterusnya. Ada pula gigi yang sebahagian akarnya sudah terdedah. Semua gigi ini tiada hitam-hitam caries.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mari saya ceritakan.

Kesan lengkuk di permukaan gigi itu, namanya lelasan/hakisan (abrasion). Sebab apa? Sebab terlalu rajin memberus gigi lebih tiga kali sehari. Selain itu, menggunakan berus yang kasar. Kita wajib menggunakan berus gigi yang soft sahaja.

“Bersih ke Doktor kalau guna berus gigi soft? Macam tak berkesan saja?”

Bersih. Percayalah, guna berus gigi soft, dengan cara memberus yang betul. Rujuk video di laman Youtube, Modified Stillman’s Method of Brushing. Untuk kanak-kanak, Circular Method.

Nampakkan lengkuk tu. Yang oren2 mcm berkarat sikit tu bahagian akar yang sepatutnya terlindung dengan gusi

Lama-lama slim macam ni. Ini dah tak lama dah ni…

Dari kiri kekanan, nampak progres. Dari peringkat awal semapi ke peringkat kronik. Jadi ingat, pergi belajar di YouTube: Modified Stillman’s Method of Brushing. Kalau nak saya ajar, mari datang ke Klinik Melaka-Manipal Medical College

Lelaki dan orang tua amnya, suka berus yang berbulu kasar. Tuan-tuan dan puan-puan, tukar ya. Sekarang anda mungkin tidak nampak kesannya tetapi lama kelamaan kelak, lapisan gigi semakin haus dan masalah besar bila hypersensitivity. Nak makan sakit, minum pun sakit, terkena sejuk pun sakit. Apa pun tak boleh.

Sumber : Dr Wan Husni Najihah

Individu Kurang Kawan Hidup Lebih Bahagia, Mewah. Betul Ke??

by


Cuba anda lihat, berapa ramai kawan yang anda miliki. Tidak kira la sama ada di pejabat, rakan sekolah atau pun di media sosial. Mesti ramai kan?

Bagusnya ramai kawan. Lagi ramai kawan, lagi la gembira dan bahagia. Tapi anda silap!!

Lebih ramai kawan, buatkan anda rasa tidak bahagia. Macam mana tu?

Kajian mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan anda.

Yelah, nak jaga hati kawan, nak pastikan kawan sentiasa bersama. Ia sekaligus buatkan anda lupa tentang diri sendiri dek kerana pentingkan populariti. Anda akan jadi tidak gembira, tidak sihat dan lebih tertekan.

Lebih kurang kawan, buatkan anda bahagia & hidup lebih mewah..

Apabila kurang kawan, anda tak perlu fikirkan tentang diri mereka sahaja dan tak perlu takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang atau susah.

Percaya tak jika kami katakan, kurang kawan buatkan anda lebih kaya? Setiap kali anda keluar bersama kawan, berapa banyak yang anda belanjakan?

Daripada anda belanjakan bersama kawan setiap hari, bukankah lebih baik jika anda menyimpan. Tanpa sedar, boleh jadi kaya.

Sumber : Hanasuva

7 Perkara Yang Isteri Mahu Tetapi Malu…

by


Ramai lelaki yang rasa susah nak fahami wanita, walaupun wanita yang telah menjadi isteri mereka selama bertahun-tahun.

Kadang-kadang nampak moodnya ok, tapi tiba-tiba dia menangis pula. Dia merungut tentang sesuatu tapi bila anda bagi tunjukkan cara untuk selesaikan masalah, dia tetap tak puas hati.

Sebenarnya, anda tak perlu bimbang tentang apa yang dia kata. Sebaliknya bimbang tentang apa yang dia tak kata. Bila dia tak kata apa-apa, sebenarnya perkara inilah yang sedang bermain di fikirannya;

1. Paling penting, dia mahukan cinta dari anda

Lelaki mahukan wanita yang hormat padanya, tapi wanita mahukan lelaki yang cinta padanya.

Bila wanita kurang tunjukkan rasa hormat pada suaminya, suaminya pun akan kurang tunjukkan rasa cinta pada isterinya. Bila suaminya kurang tunjukkan rasa cinta, isteri pun akan semakin kurang hormat pada suaminya, dan kitaran ini akan berulang-ulang.

Hentikan kitaran ini sebelum hubungan anda menjadi lebih parah. Tunjukkan cinta pada isterimu. Itu yang dia mahukan. Sayangi dia walaupun dia ada cacat celanya. InshaAllah, dia juga akan hormati anda walaupun anda juga ada kelemahan sendiri.

2. Dia bosan

Dia bukan saja bosan, tapi dia juga penat. Mana taknya, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, rutin hariannya sama saja. Dia perlu besarkan anak-anak, uruskan rumahtangga, dan kemudian manjakan anda pula.

Sama juga halnya dengan isteri yang bekerja. Ramai wanita zaman sekarang yang perlu bekerja dan uruskan hal rumahtangga pada masa yang sama.

Buat para suami, usahalah untuk buat isteri anda rasa istimewa dan dihargai. Beri dia rehat. Bila ada masa terluang, bawa dia keluar berjalan-jalan. Jangan biarkan dia rasa bosan.

3. Dia ingin dipuji

Semua orang mahu dihargai. Tiada siapa yang mahu rasa seolah-olah kerja kerasnya tak dihargai atau diambil mudah.

Membasuh baju dan memasak bukan tanggungjawab isteri, tapi dia tetap lakukan untuk suaminya walaupun banyak perkara lain yang dia boleh lakukan untuk dirinya sendiri.

Jadi tunjukkan pada isteri anda yang anda hargai segala kerja keras dan pengorbanan yang dia lakukan. Tak perlu susah-susah, boleh mula dengan hanya ucap “terima kasih”

4. Dia kuat cemburu

Ada sebab kenapa perempuan tak suka pada poligami. Jadi berhati-hati bila anda bercakap tentang perempuan lain di depan isteri anda.

Jangan bandingkan dia dengan mana-mana perempuan lain, atau dengan ibu anda, atau dengan bekas teman wanita anda. Dia mahu rasa bahawa dia akan fokus utama dalam hidup suaminya, jadi buat dia rasa seolah-olah dia perempuan yang paling penting sekali.

5. Dia mahu anda bantu dia baiki agamanya

Isteri anda mahu hidup dengan anda dan dia mahu anda jadi pemimpin buat dia. Dan apa cara yang lebih baik untuk jadi pemimpin dia selain bantu dia baiki iman di hatinya?

Tapi anda tak boleh ajar dia cara baiki iman jika iman anda pun tak kemana. Jadi baiki iman anda dulu. Baiki diri dan kemudian ajarkan pada dia dengan cara yang lembut dan penuh dengan kasih sayang.

6. Dia tak suka membebel, tapi kadang-kadang dia rasa macam tak diendahkan

Wujud satu mitos yang mengatakan para isteri suka membebel pada suami mereka. Sebenarnya ini tak betul.

Ya, memang ada sesetengah orang (lelaki dan perempuan) yang tak pernah puas hati. Tak kira apa pun yang anda lakukan, mesti dia akan cari salahnya juga nanti.

Sabda Rasulullah SAW:

“Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?”

Baginda SAW bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”

Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ” (Riwayat Bukhari)
Ya, memang perempuan perlu hati-hati bila bercakap tentang suami. Tapi selalunya, perangai suami yang membuatkan perempuan rasa susah nak berdiam diri.

Mungkin anda selalu mencari salahnya dan dia pun sebut salah anda juga untuk balas perbuatan anda.

Mungkin anda tak bekerja keras (atau bekerja tak cukup keras) sampai dia yang perlu bantu anda jalankan tanggungjawab anda. Mungkin anda pun tak cukup usaha jadi suami yang baik.

Jadi usaha untuk baiki diri dan jangan berikan dia alasan untuk berleter pada anda lagi.

7. Lebih dari segala-galanya, dia hanya mahukan hubungan yang stabil dan bahagia dengan anda.

Perempuan tak kahwin hanya untuk mengejar keseronokan. Mereka berkahwin kerana nak bina keluarga yang bahagia yang mereka pilih anda kerena mereka percaya anda mampu realisasikan impian mereka.

Selain daripada tugasnya kepada agama, inilah perkara paling penting buat seorang wanita Muslimah – bina keluarga bahagia, stabil, dalam iman kepada Allah SWT.

Dan sebenarnya, keinginannya yang satu ini sangat mudah untuk ditunaikan.

Berhenti buat-buat tak tahu dan jadi suami yang baik untuk dia. Layan dia dengan lemah lembut. Tunjukkan perasaan cinta anda padanya.

Bila ada masalah, jangan ugut dia dengan penceraian atau mahu kahwin lagi satu. Ya, memang suami ada hak untuk buat dua perkara ini tapi ugut isteri dengan perkara-perkara ini hanya akan memburukkan rumahtangga anda.

Yakin pada Allah SWT. Hati-hati dengan bisikan syaitan dan selalu bersabar dengan isteri. Tak susah mana pun, kan?

Sumber : Bercintaselepasnikah

Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ Viral dengan Penonton Hampir 27 Juta Dalam Masa 24 Jam

by


Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ Viral dengan Penonton Hampir 27 Juta Dalam Masa 24 Jam menjadi viral di internet kerana keunikan lagu yang buat orang mahu berjoget.

Video ini juga menjadi cepat viral kerana lagunya yang “Catchy” membuatkan orang yang mendengar turut menyukainya dan membuat video parodi.

Siapa sangka anda hanya memerlukan tiga patah perkataan untuk membuat lagu sebegini?

Lagu yang kelakar ini ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ by penyanyi Jepun, Piko-Taro menjadi viral sehingga mendapat jumlah penonton hampir 24 juta dalam masa 24 jam ditayangkan.

Pertama kali video ini telah dimuat naik di laman web, 9GAG, dengan 27 juta penonton dengan lebih 500 ribu perkongsian dalam masa 24 jam.

Paling serius jika lagu ini tidak bermain di minda anda pasti anda mempunyai kuasa superhero yang buat orang lain terpegun.

Liriknya memang tak masuk diakal tapi jika seronok untuk didengar siapa ambil peduli?

Paling tidak keruan, ramai menghargai bakat penyanyi yang berasal dari Jepun ini di dalam menghiburkan orang ramai.


Empat Penyakit Membunuh Yang Disebabkan Oleh Tabiat Tidur Lewat Bangun Lambat

by


Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, ia tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka baginda akan menyegerakan tidur setelah solat Isya dan baginda akan kemudiannya bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk solat tahajjud atau qiyamullail.

Selain memudahkan tahajjud, ternyata kebiasaan tidak tidur terlalu malam juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan yang baru diketahui pada zaman modern ini. Sebaliknya, orang yang tidur pada lewat malam lebih berisiko untuk mendapat :

1. Sistem antibodi tubuh yang lemah

Habit tidur terlalu lewat pada waktu malam ternyata dapat mempengaruhi kualiti sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi melemah dan mudah untuk mendapat pelbagai serangan penyakit.

2. Kencing manis atau diabetes

Tubuh tidak toleran terhadap glukosa karena jumlah insulin menurun.

3. Sakit kepala

Menurut kajian manusia memerlukan tidur sekurang-kurangnya lima jam sehari pada waktu malam. Kekurangan waktu tidur melebiihi waktu minimum akan menyebabkan gejala pening kepala dan mingrain.

4. Kerosakan hati

Dintara penyakit berbahaya akibat tidur terlalu malam adalah masalah hati. Menurut Bahagaian Radiologi Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Madah, kajian yang dilakukan oleh doktor-doktor di National Taiwan Hospital telah mendapati bahwa tidur terlalu lewat pada waktu malam merupakan penyebab utama kerosakan hati.


5 Sebab Wanita Keras Kepala Adalah Calon Isteri Terbaik!

by


Bila bab memilih pasangan, kebanyakan lelaki inginkan wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, sopan santun dan paling penting yang mendengar kata.

Tapi, bagaimana pula dengan wanita yang keras kepala dan degil? Tiada mana-mana lelaki ke yang sukakan wanita jenis ini?

Ramai lelaki tidak tahu, sebenarnya wanita jenis keras kepala adalah calon isteri paling terbaik. Nak tahu sebab apa?

1. Dia tahu apa yang diinginkan

Wanita jenis keras kepala ni selalunya tahu apa yang dia inginkan dan tidak pernah risau dengan segala apa yang dihadapinya. Jadi, jika dia mencintai seseorang, apa pun terjadi, dia tetap setia mempertahankan cintanya.

2. Bijak menguasai emosi

Wanita keras kepala ini tahu bila masa yang sesuai untuk marah dan akan memperjuangkan sesuatu hingga semuanya selesai. Tidak seperti wanita lemah-lembut yang tidak menentu emosinya.

3. Wanita keras kepala sangat prihatin

Mesti ramai yang terkejut. Wanita keras kepala dia tidak mempedulikan tentang dirinya. Apa yang penting adalah orang di sekelilignya.

4. Mereka lain dari yang lain

Selalunya wanita jenis lemah-lembut inginkan sesuatu yang romantik je. Berbeza dengan wanita keras kepala, mereka sukakan sesuatu lain dari yang lain. Barulah hubungan cinta lebih menarik.

5. Mereka percayakan diri

Wanita jenis ini sentiasa percaya dan yaking dengan diri sendiri. Bagi mereka, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang dia inginkan. Apa yang bagusnya, dia tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan.

Kredit: http://hanasuva.com/

Kita Lelaki, Jangan Pernah Guna Duit Perempuan

by


Dulu, ayah aku pernah pesan. Kita lelaki jangan pernah gunakan duit orang perempuan termasuk ibu, adik atau kakak. Dulu-dulu pun kalau mak bagi duit belanja extra pun tak ambil sebab ayah dah bagi siap-siap awal minggu itu. Kalau nak minta duit extra mak, kena tanya dulu ada tak kerja yang boleh tolong atau tolong bibik untuk dapat upah. 

Kalau bercinta dan keluar dating, jangan pernah bagi perempuan keluarkan duit untuk bayar makan, beli apa-apa. Sebelum balik, bagi dia sedikit wang belanja. Bayar balik untuk duit tambang, minyak dan parking dia yang sudi datang berjumpa dengan kita. 

Kalau sudah kahwin, jangan guna duit isteri. Sebaliknya bagi isteri duit setiap bulan untuk dia beli barang peribadi dan kehendak dia. Ini tak termasuk duit belanja dapur, itu lain. Bajet belanja bulanan tak boleh kira dengan income dari isteri. Itu duit dia dan suka hati dia pun nak buat apa. 

Walau jodoh tak berpanjangan, jangan terus membenci bekas isteri dan abaikan nafkah kewangan pada dia sebab dia pernah membahagiakan kita dan mengabdikan dirinya pada kita. Kalau sudah pernah ada anak bersama, selagi dia belum berkahwin baru, hulurlah wang belanja bulanan untuk dia. Juga hulurlah sedikit wang untuk bekas mertua dan anggaplah buat bayar kos sara hidup dan upah dia menjaga anak kita. 

Nafkah anak lain, bantuan untuk bekas isteri lain. Ini yang membezakan antara hak dan tanggungjawab. Nanti ada yang kata, 

"Kalau begini, bangkruplah aku,"

Wahai lelaki, percayalah pada rezeki Tuhan. Walau kau ikhlas berhabis untuk mak ayah, anak, isteri, mertua, Tuhan akan berikan lebih. 

"Jangan salah sangka kenapa lebihkan perempuan sebab lelaki tetap boleh hidup kalau campak dalam hutan," bak kata Waris. - Oleh Carlos Rafael

Sumber: thereporter.my

Monday, 3 October 2016

Inilah "Akibatnya" Apabila Sering Makan Kaki Ayam, Anda Pasti Tak Sangka!

by


Kalau pergi ke pasar memang kaki ayam ni ada dijual lambak dengan harga yang murah. Paling sedap kalau masak kari ataupun sup kaki ayam. Tak payah nak makan dengan nasi makan sup kaki ayam macam tu je pun sedap. Tapi, dalam kesedapan kaki ayam tu pernah tak terfikir "akibat" dan kesan makan kaki ayam ni?

Jangan panik! Disini kami kongsikan sebenarnya kaki ayam ni banyak khasiatnya tau. Jom baca:

1. Kaki Ayam Kaya Kolagen

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C. Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:

i. Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong pergantian sel-sel kulit mati dengan sel kulit baru yang lebih cepat.

ii. Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.

iii. Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.

iv. Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.

v. Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.

2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh

Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik. Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang. Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.

3. Menyembuhkan Cedera

Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.

4. Menyihatkan Saluran Pencernaan

Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.

5. Menjaga Kesihatan Kuku

Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.

6. Menyihatkan Gusi

Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

8. Membentuk Probiotik Semulajadi

Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.

9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh

Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.

10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh

Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.

Tips Memasak Kaki Ayam

Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan. 

Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
  1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
  2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
  3. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
  4. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
  5. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
  6. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
  7. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.

Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.

'Kerana Abang Jujur, Boss Saya Bagi Abang RM5,000 Cash!'

by


Jolo Ko Mung, memuat naik gambar sejumlah wang kertas yang ditemuinya dalam beg yang dipercayai tercicir secara tidak sengaja. 

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook group Warga Kuantan. 

"Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini," katanya. 

Tidak beberapa lama kemudian, tampil seorang lelaki bernama Azmin Abas, menuntut semula beg dan wang tersebut. 

Bimbang ditipu individu terbabit, Jolo Ko Mung memberikan beberapa soalan untuk kepastian yang lebih mendalam. 

  

"Minta jasa baik abang bantu saya. Bos saya paksa, suruh cari juga duit itu sampai dapat. Gaji saya setahun pun belum tentu ada banyak itu," kata Azmin. 



  

Oleh kerana sikapnya yang jujur itu, majikan Azmin Abas mahu memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Jolo Ko Mung. 

"Bos saya ada cakap tadi, kalau sesiapa yang jumpa, dia akan bagi ganjaran RM5,000. Rezeki abang. Dia cakap, susah nak jumpa orang sejujur abang," kata Azmin.

  

Zaman sekarang ini, sukar untuk jumpa individu yang jujur. Pantang tengok duit berkepok, licin habis dikebasnya. Mujurlah duit itu ditemui oleh manusia yang jujur.

10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah

by


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

10 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi - Khasiat Limau Kasturi Yang Ramai Orang Tak Tahu

by


1 . Ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 .Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Ubat Batuk Tradisional Paling Mujarab. Khasiat Bawang Putih Bakar. Pernah Makan?

by


Memang menyeksakan kalau kena batuk nie. Lebih-lebih lagi batuk berkahak. Mulalah asyik nak buang kahak je. Yang lemahnya pernafasan kita turut terganggu. Dah tercungap-cungap berjalan. Memang cepat letih. Inilah dugaan yang paling mencabar apabila kena batuk kahak.

Saya sendiri sering diserang batuk kahak. Semenjak kecil lagi. Biasanya seminggu lebih baru baik. Pastu bermacam-macam warna kahak akan keluar. Terus terang, setahun sekali atau dua kali, saya pasti akan kena. Sehingga saya dah masak dengan tanda-tandanya. Masa sekolah dulu, macam-macam ubat batuk kahak yang emak ayah bagi. Seminggu lebih jugak baru baik. Sama je.

Dan semasa saya menyiapkan pakej roti canai, tanda batuk kahak datang lagi. Saya dah risau. Macam mana nak siapkan pakej ini dengan suara yang garau nanti. Pada mulanya kena demam. Alhamdulillah selepas saya buat picitan kaki dibahagian ginjal dan salur kencing, esoknya berkurangan. Tapi kalau kena batuk kahak, so far saya belum jumpa lagi ubat batuk kahak yang mujarab. Sehinggalah emak saya bercerita. Syukran.. syukran…. Dapat lagi petua dari orang tua.  ðŸ˜€

Emak saya bercerita, kawannya yang berumur lebih 65 tahun masih sihat walafiat. Kawan dia ni suka sangat makan bawang putih bakar. Kira makanan favorite dia la. Pelik kan. he.he.he. Kalau mak dia beli bawang putih. Habis dibakar dan dimakannya. Orang dulu masak guna dapur arang. So kawan mak saya letak bawang putih kat dalam abu arang dengan kulit-kulit sekali. Selepas masak barulah dia kupas kulitnya dan ngap. Dah macam makan french fries daaa..

Pastu mak saya pula mencubanya. Alhamdulillah, masalah dada yang mak saya alami dah banyak berkurangan. Bila saya dengar, wah… mesti cuba nie. Kebetulan saya baru nak kena batuk. Dua hari saya makan bawang putih bakar pada waktu malam. Dalam dua ulas. Alhamdulillah batuk saya hilang. Saya betul-betul bersyukur lah. Kalau tak memang tak boleh siapkan pakej roti canai on time.

Lepas ini, kalau saya kena lagi tanda-tanda batuk kahak, kena la cepat-cepat makan bawang putih bakar. Harap-harap ubat batuk tradisional ini masih mujarab. Caranya bakar dengan kulit sekali dan sehingga benar-benar masak. Kalau tidak benar-benar masak, rasanya memang tidak boleh nak dikunyah. Kena betul-betul masak dibakar. Barulah bawang putihnya ranggup dan boleh dikunyah. Tapi tak de lah sedap macam coklat homemade. :P.

Untuk lebih teperinci, ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api. Bakar dalam 2 minit. Kemudian kupas kulitnya dan basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Kalau dah masak betul, rasanya tiada lagi rasa pedas-pedas. Tapi emak saya lebih suka bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit. Untuk lebih mudah, bakar dengan oven dalam 20 minit pada suhu 180 darjah.

Berkenaan dengan bawang putih, terdapat dua khasiat penting didalamnya. Pertama antibodi semulajadi yang paling bagus. Dan yang kedua antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.

Kredit: http://hairul.com

Top Ad 728x90