Top Ad 728x90

Wednesday, 31 December 2014

4 Gambar Kilang Memproses Ular Yang Sangat Kejam

by
DI sebuah kilang di Kapetakan, sebuah bandar kecil di Pulau Jawa, Indonesia, bangkai ribuan ular dilonggokkan di lantai.Di sinilah ular dibunuh untuk memenuhi minat masyarakat Barat terhadap beg tangan dan kasut daripada kulit reptilia itu.

PROSES menyiat kulit ular daripada badannya dilakukan dengan tangan

Jumlah ular yang menjalani proses itu bukan sedikit.Jika dikira mengikut panjang kulit ular itu, ia mencecah ratusan meter dan dijual kepada kilang beg di Jawa Barat dan Tengah setiap bulan.Terdapat beberapa cara ular itu dibunuh dan kulitnya disiat.

DAGING ular juga dijual kepada pihak tertentu.

Satu cara, seperti diperkatakan ramai ialah melakukannya dengan kejam.Kepala ular itu diketuk dengan belakang parang dan getah paip dimasukkan secara paksa melalui mulutnya.Kemudian air dimasukkan untuk menggelembungkan haiwan itu seperti belon. Ia dibiarkan selama 10 minit atau lebih. Tali kulit diikat pada lehernya bagi menghalang air berkenaan keluar.

DUA pekerja menunjukkan kulit ular yang sudah dikeringkan

Kepala ular itu akan dicangkuk dan digantung. Ia akan membuatkan kulit ular itu lekang daripada badannya dan membolehkan ia disiat dengan mudah-semudah mencabut sarung getah dari tangan.



Wanita Bujang Ditemui Mati Tidak Memakai Seluar Dan Baju Terangkat

by
IPOH: Seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak pada leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini, lewat malam tadi.

Kejadian disedari adik lelaki mangsa yang pergi ke rumah itu pada kira-kira jam 11.30 malam, sebelum terkejut melihat kejadian menimpa kakaknya.

Sumber berkata, mangsa seorang bujang dan tinggal bersendirian di kediamannya dipercayai dibunuh dengan ditikam pada bahagian leher.

"Adik lelaki mangsa yang bekerja di bandar raya ini singgah di rumah kakaknya pada jam 11.30 malam dan mendapati pintu rumah tidak berkunci.

"Rumah itu dalam keadaan gelap dan mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah itu dengan pisau masih terpacak dileher serta tidak berseluar dan baju terangkat ke atas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lima Gambar Selfie Bodoh Yang Tidak Patut Di Contohi

by
Memang tidak dapat disangkal bahawa berselfie sudah menjadi fenomena budaya, membanjiri Internet dan laman sosial setiap waktu.

Namun, masih ada segelintir peminat selfie yang keliru mengenai masa atau tempat yang sesuai untuk mengeluarkan telefon kamera dan merakam potret mereka sendiri.

Dari seorang yang bergaya di tempat kejadian penawanan tebusan di Sydney baru-baru ini hingga ke seorang remaja yang merakam gambar solo di depan keranda anggota keluarganya, berikut ialah antara selfie paling bodoh dimuat naik ke media sosial.


http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

Luahan Hati Gadis Yang Sangat Kecewa Terhadap Ibu Dan Bapanya

by
Kekasih saya berumur 26 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya bekerja sendiri dengan ahli keluarga.Saya lepasan universiti dan kini menjadi tenaga pengajar kolej swasta di ibu negara. Sebenarnya, kekasih saya adalah rakan sekolah paling akrab.

Masing-masing selesa dan faham kekurangan diri. Jadi kami memutuskan untuk menjadi pasangan ketika saya memasuki universiti. Cuma yang kurang senang ibu bapa beranggapan kekasih saya akan mengambil kesempatan berikutan kerjaya saya lebih stabil. 


Hakikatnya, kekasih saya tidak pernah menggunakan duit saya walau sesen pun. Malah, dia menasihati saya supaya berjimat cermat untuk kesenangan diri kelak. Saya sedar kehidupan bukan mudah jika berkahwin dengannya.

Namun, saya percaya dia mampu bertanggungjawab apabila kami berkahwin nanti. Bagaimana caranya saya dapat meyakinkan ibu bapa mengenai kemampuannya menyara saya apabila kami berkahwin kelak?

DARINA

Subang Jaya, Selangor

Saudari mempunyai ibu bapa yang baik. Mereka cuma mahukan yang terbaik, namun kadangkala membuatkan permintaan mereka menjadi impian besar sehingga mewujudkan tekanan kepada hubungan saudari dan kekasih.

Mungkin bimbang dengan jurang ekonomi mahupun pendidikan antara saudari dan kekasih menyebabkan mereka tidak merestui hubungan itu. Dalam soal ini, bersabar dan guna diplomasi mendapatkan restu orang tua.

Mereka tidak mengenali, apatah lagi berkenalan secara langsung dengan kekasih. Tentu mereka tidak arif dengan hati budi kekasih. Sama ada kekasih boleh diharap, hanya saudari tahu kerana selama ini saudari lebih banyak meluangkan masa dengan kekasih.

Sebaliknya, orang tua saudari hanya boleh menilai menerusi zahir mahupun latar belakangnya. Langkah terbaik ialah cuba rapatkan atau dekatkan hubungan kekasih dengan keluarga.

Saudari perlu bijak memainkan peranan sebagai orang tengah yang menjadi penyambung kedua-dua pihak. Jangan terlalu mendesak ibu bapa menerima, sebaliknya berusaha mencari persamaan atau kelebihan kekasih yang mungkin dapat menarik perhatian ibu bapa untuk menghargai kehadirannya.

Dengan ini, ibu bapa lebih memahami dan dapat melihat ciri menarik dimiliki pasangan, sekali gus merestui hubungan terbabit.

Bapa Pukul Anak Dengan Kuku Kambing Hingga Mati Kemudian Campak Mayat Dalam Lubang Jamban

by
http://berita2day.blogspot.com/2014/12/bapa-pukul-anak-dengan-kuku-kambing.html
Colombo: Seorang lelaki berusia 52 tahun membunuh anaknya menggunakan kuku kambing sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam lubang najis.Menurut laporan, si anak yang berusia 26 tahun sering mengugut bapanya kerana enggan memberinya wang.

Dalam kejadian itu, kedua-duanya minum teh bersama sebelum mereka bertengkar apabila si anak sekali lagi meminta wang daripada bapanya.Marah kerana tidak memperoleh wang yang diminta, si anak menyimbah minuman itu pada muka bapanya.

Lelaki itu yang hilang sabar memukul mangsa dengan kuku kambing sehingga mati.Dia kemudian mengheret mayat anaknya ke dalam lubang najis di belakang rumah dan menimbusnya dengan tanah.

Apabila ditanya anggota keluarga lain, lelaki itu berkata, anaknya keluar bersama-sama rakannya.Bagaimanapun, seorang adik mangsa berusia 22 tahun mengesyaki sesuatu dan membuat laporan polis.Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku membunuh mangsa dan mayatnya ditemui 25 hari selepas kejadian. - Agensi

Hancur Hati Suami Apabila Melihat Isteri Bersama Mat Arfika Dalam Bilik Hotel Tanpa Pakaian

by
http://berita2day.blogspot.com/2014/12/hancur-hati-suami-apabila-melihat.html
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Artis Lelaki Upload Gambar Ehem..Ehem Dengan Isteri Ke Facebook

by
Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, SS tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.

Jiwa SS tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.

Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.

Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini.Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.

Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.

Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya.

SS: Kesilapan mengajar manusia erti hidup dan menambahkan kematangan.


sumber:pilihan anda

Pendedahan: Darah Babi Dalam Kandungan Rokok

by
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi?Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.

Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.

sumber:gilakahaku.blogspot.com

Doa Untuk Tahan Lama Ketika Melakukan Hubungan Halal "suami Isteri"

by
Masalah patah tandan (zakar tiba tiba terkulai layu ketika sedang bersetubuh) sering dialami kebanyakan lelaki. Masalah patah tandan adalah sangat mengecewakan sang isteri yang kehausan.Bacalah doa di bawah ini 3 kali kepada zakar di waktu hendak bersetubuh supaya tidak mudah patah tandan dan boleh bersetubuh hingga ke subuh. Insyaalah.


sumber: jalanakhirat.wordpress.com

bacaan dalam bahasa rumi

bismilah..
Allahhumma inna na a`u zubika tammah walrah,waddam,walahm,wasahm,walhurub,walljulubi wa taq di
fa izaqa qadoiita amrall fa innama yaqallu lahhu qun fayakun


                                                                                                     بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ                                                            
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا 
 قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Tuesday, 30 December 2014

Tangisan Isteri Curang Dinodai Lelaki Tampan

by
Isteri Dinoda Lelaki Lain

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Banyak Lagi Cerita Menarik di : PejamKelip

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

Top Ad 728x90