Top Ad 728x90

Wednesday, 31 December 2014

4 Gambar Kilang Memproses Ular Yang Sangat Kejam

by
DI sebuah kilang di Kapetakan, sebuah bandar kecil di Pulau Jawa, Indonesia, bangkai ribuan ular dilonggokkan di lantai.Di sinilah ular dibunuh untuk memenuhi minat masyarakat Barat terhadap beg tangan dan kasut daripada kulit reptilia itu.

PROSES menyiat kulit ular daripada badannya dilakukan dengan tangan

Jumlah ular yang menjalani proses itu bukan sedikit.Jika dikira mengikut panjang kulit ular itu, ia mencecah ratusan meter dan dijual kepada kilang beg di Jawa Barat dan Tengah setiap bulan.Terdapat beberapa cara ular itu dibunuh dan kulitnya disiat.

DAGING ular juga dijual kepada pihak tertentu.

Satu cara, seperti diperkatakan ramai ialah melakukannya dengan kejam.Kepala ular itu diketuk dengan belakang parang dan getah paip dimasukkan secara paksa melalui mulutnya.Kemudian air dimasukkan untuk menggelembungkan haiwan itu seperti belon. Ia dibiarkan selama 10 minit atau lebih. Tali kulit diikat pada lehernya bagi menghalang air berkenaan keluar.

DUA pekerja menunjukkan kulit ular yang sudah dikeringkan

Kepala ular itu akan dicangkuk dan digantung. Ia akan membuatkan kulit ular itu lekang daripada badannya dan membolehkan ia disiat dengan mudah-semudah mencabut sarung getah dari tangan.



Wanita Bujang Ditemui Mati Tidak Memakai Seluar Dan Baju Terangkat

by
IPOH: Seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak pada leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini, lewat malam tadi.

Kejadian disedari adik lelaki mangsa yang pergi ke rumah itu pada kira-kira jam 11.30 malam, sebelum terkejut melihat kejadian menimpa kakaknya.

Sumber berkata, mangsa seorang bujang dan tinggal bersendirian di kediamannya dipercayai dibunuh dengan ditikam pada bahagian leher.

"Adik lelaki mangsa yang bekerja di bandar raya ini singgah di rumah kakaknya pada jam 11.30 malam dan mendapati pintu rumah tidak berkunci.

"Rumah itu dalam keadaan gelap dan mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah itu dengan pisau masih terpacak dileher serta tidak berseluar dan baju terangkat ke atas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lima Gambar Selfie Bodoh Yang Tidak Patut Di Contohi

by
Memang tidak dapat disangkal bahawa berselfie sudah menjadi fenomena budaya, membanjiri Internet dan laman sosial setiap waktu.

Namun, masih ada segelintir peminat selfie yang keliru mengenai masa atau tempat yang sesuai untuk mengeluarkan telefon kamera dan merakam potret mereka sendiri.

Dari seorang yang bergaya di tempat kejadian penawanan tebusan di Sydney baru-baru ini hingga ke seorang remaja yang merakam gambar solo di depan keranda anggota keluarganya, berikut ialah antara selfie paling bodoh dimuat naik ke media sosial.


http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

http://berita2day.blogspot.com/2014/12/lima-gambar-selfie-bodoh-yang-tidak.html#axzz3NQPhE2Qa

Luahan Hati Gadis Yang Sangat Kecewa Terhadap Ibu Dan Bapanya

by
Kekasih saya berumur 26 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya bekerja sendiri dengan ahli keluarga.Saya lepasan universiti dan kini menjadi tenaga pengajar kolej swasta di ibu negara. Sebenarnya, kekasih saya adalah rakan sekolah paling akrab.

Masing-masing selesa dan faham kekurangan diri. Jadi kami memutuskan untuk menjadi pasangan ketika saya memasuki universiti. Cuma yang kurang senang ibu bapa beranggapan kekasih saya akan mengambil kesempatan berikutan kerjaya saya lebih stabil. 


Hakikatnya, kekasih saya tidak pernah menggunakan duit saya walau sesen pun. Malah, dia menasihati saya supaya berjimat cermat untuk kesenangan diri kelak. Saya sedar kehidupan bukan mudah jika berkahwin dengannya.

Namun, saya percaya dia mampu bertanggungjawab apabila kami berkahwin nanti. Bagaimana caranya saya dapat meyakinkan ibu bapa mengenai kemampuannya menyara saya apabila kami berkahwin kelak?

DARINA

Subang Jaya, Selangor

Saudari mempunyai ibu bapa yang baik. Mereka cuma mahukan yang terbaik, namun kadangkala membuatkan permintaan mereka menjadi impian besar sehingga mewujudkan tekanan kepada hubungan saudari dan kekasih.

Mungkin bimbang dengan jurang ekonomi mahupun pendidikan antara saudari dan kekasih menyebabkan mereka tidak merestui hubungan itu. Dalam soal ini, bersabar dan guna diplomasi mendapatkan restu orang tua.

Mereka tidak mengenali, apatah lagi berkenalan secara langsung dengan kekasih. Tentu mereka tidak arif dengan hati budi kekasih. Sama ada kekasih boleh diharap, hanya saudari tahu kerana selama ini saudari lebih banyak meluangkan masa dengan kekasih.

Sebaliknya, orang tua saudari hanya boleh menilai menerusi zahir mahupun latar belakangnya. Langkah terbaik ialah cuba rapatkan atau dekatkan hubungan kekasih dengan keluarga.

Saudari perlu bijak memainkan peranan sebagai orang tengah yang menjadi penyambung kedua-dua pihak. Jangan terlalu mendesak ibu bapa menerima, sebaliknya berusaha mencari persamaan atau kelebihan kekasih yang mungkin dapat menarik perhatian ibu bapa untuk menghargai kehadirannya.

Dengan ini, ibu bapa lebih memahami dan dapat melihat ciri menarik dimiliki pasangan, sekali gus merestui hubungan terbabit.

Bapa Pukul Anak Dengan Kuku Kambing Hingga Mati Kemudian Campak Mayat Dalam Lubang Jamban

by
http://berita2day.blogspot.com/2014/12/bapa-pukul-anak-dengan-kuku-kambing.html
Colombo: Seorang lelaki berusia 52 tahun membunuh anaknya menggunakan kuku kambing sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam lubang najis.Menurut laporan, si anak yang berusia 26 tahun sering mengugut bapanya kerana enggan memberinya wang.

Dalam kejadian itu, kedua-duanya minum teh bersama sebelum mereka bertengkar apabila si anak sekali lagi meminta wang daripada bapanya.Marah kerana tidak memperoleh wang yang diminta, si anak menyimbah minuman itu pada muka bapanya.

Lelaki itu yang hilang sabar memukul mangsa dengan kuku kambing sehingga mati.Dia kemudian mengheret mayat anaknya ke dalam lubang najis di belakang rumah dan menimbusnya dengan tanah.

Apabila ditanya anggota keluarga lain, lelaki itu berkata, anaknya keluar bersama-sama rakannya.Bagaimanapun, seorang adik mangsa berusia 22 tahun mengesyaki sesuatu dan membuat laporan polis.Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku membunuh mangsa dan mayatnya ditemui 25 hari selepas kejadian. - Agensi

Hancur Hati Suami Apabila Melihat Isteri Bersama Mat Arfika Dalam Bilik Hotel Tanpa Pakaian

by
http://berita2day.blogspot.com/2014/12/hancur-hati-suami-apabila-melihat.html
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Artis Lelaki Upload Gambar Ehem..Ehem Dengan Isteri Ke Facebook

by
Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, SS tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.

Jiwa SS tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.

Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.

Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini.Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.

Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.

Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya.

SS: Kesilapan mengajar manusia erti hidup dan menambahkan kematangan.


sumber:pilihan anda

Pendedahan: Darah Babi Dalam Kandungan Rokok

by
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi?Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.

Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.

sumber:gilakahaku.blogspot.com

Doa Untuk Tahan Lama Ketika Melakukan Hubungan Halal "suami Isteri"

by
Masalah patah tandan (zakar tiba tiba terkulai layu ketika sedang bersetubuh) sering dialami kebanyakan lelaki. Masalah patah tandan adalah sangat mengecewakan sang isteri yang kehausan.Bacalah doa di bawah ini 3 kali kepada zakar di waktu hendak bersetubuh supaya tidak mudah patah tandan dan boleh bersetubuh hingga ke subuh. Insyaalah.


sumber: jalanakhirat.wordpress.com

bacaan dalam bahasa rumi

bismilah..
Allahhumma inna na a`u zubika tammah walrah,waddam,walahm,wasahm,walhurub,walljulubi wa taq di
fa izaqa qadoiita amrall fa innama yaqallu lahhu qun fayakun


                                                                                                     بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ                                                            
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا 
 قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Tuesday, 30 December 2014

Tangisan Isteri Curang Dinodai Lelaki Tampan

by
Isteri Dinoda Lelaki Lain

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Banyak Lagi Cerita Menarik di : PejamKelip

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

Thursday, 28 August 2014

Terkini!!! Gadis Melayu Seronok Upload Gambar Keletihan Selepas Projek

by
Berita Terkini | Gadis Melayu Seronok Upload Gambar Keletihan Selepas Projek - kemunculan laman-laman sosial di zaman moden ini bukan melambangkan kecerdikan dan kepintaran manusia namun ia sebenarnya melambangkan kebodohan manusia tersebut dengan bangganya mengaku melakukan seks dengan pasangan masing-masing.

Dahulu,golongan remaja agak takut melakukan maksiat di tempat-tempat awam dikuatiri ditangkap akan dikahwinkan dan ada yang takut diketahui ibu bapa.Namun sekarang sudah berubah manusia semakin jahil tanpa perlu sembunyikan perbuatan terkutuk mereka selepas projek upload dalam laman sosial bila disebarkan mula melenting dan mengamuk bagai dirasuk hantu.

Persoalannya sekarang siapa yang perlu dipersalahkan? apakah peranan kerajaan menangani isu ini? dimanakah anak yang tak berdosa bakal dicampakkan nanti? dan apakah peranan kita sebagai masyarakat yang prihatin?

inilah yang diupdate oleh gadis tersebut


Hukum Isteri Terlalu Kuat Dan Selalu Kena Marah Kerana Tak Puas

by
Soal Jawab Agama | Berita Terkini - Dalam sebuah kuliah Ustaz Azhar seorang hamba telah bertanyakan soalan Isteri saya agak kuat staminanya dia selalu marah pada saya kerana tidak puas bolehkah saya gunakan alat-alat tambahan untuk puaskan nafsunya?

Jawapan :

Hukum suami menggunakan sesuatu alat tambahan untuk puaskan nafsu isteri adalah haram.Fitrah kejadian wanita mempunyai nafsu yang kuat.Menurut Ustaz Azhar lagi orang laki juga tetapi kuat temberang Hanya sembang sahaja hebat.

Zaman sekarang pelbagai peralatan boleh didapati untuk memuaskan isteri namun perkara tersebut adalah haram. Menurut Imam Syafie untuk memuaskan nafsu isteri tak perlu alatan tambahan tetapi perlulah berilmu.Dengan Adanya ilmu kita boleh memuaskan isteri tanpa alat tambahan

video dibawah

Friday, 9 May 2014

Biskut Yang Haram Dimakan Oleh Umat Islam Yang Digemari Kanak-Kanak

by
Semasa baca status facebook rakan-rakan admin ternampak info ini jadi admin ingin kongsikan kepada pembaca mengenai biskut yang digemari oleh anak-anak kita tetapi sebenarnya ia adalah haram kerana mengandungi lemak babi


HATI-HATI !! SEBARKAN !!
Biskut BinBIN haram d makan bagi umat Islam...
Perhatian semua ibu bapa, jangan makan biskut BinBIN dimana ia mengandungi lemak babi (PIG FATS), code E631,...

Selalu kanak-kanak yang suka makan biskut ni...
سبحان الله...

Ya Allah ampuni kami yang termakan biskut ni ya Allah...

Doa Untuk Mereka Pengidap Penyakit Kanser

by
Doa Untuk Mereka Pengidap Penyakit Kanser |  Selamat datang admin terjumpa 1 print sreen yang amat berguna jadi sila share dengan rakan-rakan anda mudah-mudah ia bermanfaat.


Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

by
Assalamualaikum..
Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. Bersekolah di Smkj2 tahun 1996. Dia kne strok semasa proses melahirkn anknya yg ke 2. Disebabkn itu, ank dia kekurangan oksigen dlm otak dan sampai sekarang anaknya lumpuh. Roswati dan anaknya bergantung hidup pd susu shj. Kos teramat tinggi.

Diharapkan ade mana² pihak yg sudi menghulurkan bantuan. Roswati di jaga oleh ibunya yg seorang ibu tunggal.Jom sama² kita hulurkan bantuan. Sedikit sumbangan kita yg ikhlas amat memberi makna kpd beliau. Hanya Allah shj yg mampu membalas jasa kalian.

Andaikata kurang kemampuan utk menghulurkn sumbangan, jemputlah share status ini. Mungkin ada yg tersentuh rasa hati untuk menghulurkan sumbangn. Semoga Allah melindungi Roswati dan anaknya.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kpd ibunya Cik Ros untuk terus menjaga si ibu dan anaknya.
Amin...

Roswati abd Wahab
235 Blok i,
Felda jengka 18
0199983526
Cimb- 14150064682524.....

kepada yang tidak berkemampuan tolonglah dengan sekadar doa.Berdoalah mdah-mudahan mereka cepat sembuh tolong share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan setiap orang yang ternampak artikel ini dapat mendoakan kebaikan kesihatan mereka.

Anak Barua Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Ais Untuk Dapatkan Bantuan Kewangan

by
KES 1 Seorang lelaki menyimpan mayat ibunya di dalam peti sejuk selama tiga tahun supaya dia dapat menerima bantuan kewangan yang dikhaskan untuk wanita itu.Dia bagaimanapun membunuh diri apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan penyiasatan.

Jon Whiteford menembak kepalanya pada 29 Mac lalu di hadapan Timbalan Syerif Daerah Pulaski yang tiba di kediamannya di Science Hill untuk menyiasat kehilangan ibunya.Mayat Faye Whiteford yang sudah reput ditemui kira-kira sebulan kemudian di sebuah rumah tinggal di daerah Wayne.Bedah siasat yang dijalankan mendapati wanita itu meninggal dunia secara normal pada usia 96 tahun pada 2011.

Rakan Faye, Al Fied memberitahu, Jon memang bergantung sepenuhnya kepada ibunya dari segi kewangan dan masih tidak dapat menerima kematian wanita berkenaan.“Jon sebenarnya seorang lelaki baik.Ini mungkin satu-satunya kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Pejabat Syerif Pulaski berkata, polis memulakan siasatan mengenai kehilangan wanita itu Februari lalu.Pejabat Penyiasatan Awam menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk membuat pemeriksaan kebajikan kerana wanita itu tidak membuat sebarang tuntutan perubatan dalam masa tiga tahun.Pada masa sama, Jon pergi ke pejabat kebajikan untuk mengambil bantuan kewangan bagi kegunaannya sendiri, lapor media tempatan semalam.

Dalam temu bual dengan pegawai kebajikan, dia mengaku ibunya sudah mati tetapi tidak mengetahui sebabnya dan lokasi mayat itu berada.Dia juga mengaku hidup merempat sedangkan dia menceroboh rumah kosong di sebelah kediamannya, menggunakan bantuan kewangan dari jabatan kebajikan dan menyimpan mayat ibunya dalam sebuah peti sejuk besar.

Syerif Pulaski, Leftenan Brett Whitaker memberitahu media tempatan: “Jon menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk sejak 2011 hingga sekitar Krismas pada 2013 ketika dia dipaksa keluar dari kediamannya.” KES 2 Florida: Seorang kaki botol mengamuk dan merosakkan kediaman ibunya kerana bosan dimarahi gara-gara gemar merokok di bilik dan selalu mabuk.

Paul Rossi didakwa memecahkan kabinet dapur, membuang televisyen ke dalam kolam renang dan memecahkan tingkap kediaman ibunya di Port St.


Lucie kelmarin.

Media semalam melaporkan, ibu Rossi menghubungi polis dan meminta agar anaknya itu dipenjarakan.“Dia seorang pemabuk dan memang patut dipenjarakan.“Saya tidak kisah sama ada dia mabuk atau tidak tetapi dia membaling barang ke arah saya,” katanya.

Wanita itu memberitahu, anak lelakinya yang mengalami kemurungan dan ketagihan alkohol, baru pulang dari parti pada tengahari hari kejadian.Rossi mula bertindak ganas apabila wanita itu menasihatinya agar menghentikan tabiat mabuk dan merokok yang terlalu banyak.“Dia naik ke bilik dan menghempas pintu.

Dia juga merokok diatas katil dan saya memang melarang dia daripada melakukan perkara itu.Jadi, saya mengambil bekas abu rokok dan meletakkannya di luar sebelum merampas rokoknya dan dia mengatakan saya menyerangnya,” katanya.

Rossi membaling makan di seluruh rumah, menterbalikkan perabot dan mencampak barangan rumah di laman belakang, kata ibunya.Operator kecemasan yang dihubunginya mengarahkan agar wanita itu melarikan diri dari situ.Namun ketika dia menaiki kenderaan untuk meninggalkan rumah, Rossi mengekorinya.

Ketika anaknya memukul kereta itu menggunakan batang kayu, wanita itu berjaya memandu keluar dan meninggalkan rumah.Rossi mengejar kereta ibunya sambil ketawa.Dia akhirnya mengalah lalu pulang ke rumah dan mula merosakkan peti surat di laman rumahnya.Polis menahan Rossi di tempat kejadian dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Agensi

Wanita Yang Menjadi Magsa R*gol Kemungkinan Dikenakan Hukuman Sebat

by
Aceh: Seorang wanita tempatan mungkin berdepan hukuman sebat dengan rotan walaupun dia sebenarnya menjadi mangsa rogol beramai-ramai di rumahnya di Langsa minggu lalu.Pengarah Agensi Syariah Islam Langsa, Ibrahim Latif berkata, wanita berusia 25 tahun itu boleh disebat jika siasatan pihak berkuasa mendapati dia dan pasangan lelakinya melanggar kanun undang-undang syariah Aceh.

“Wanita terbabit disyaki berdua-duaan dengan seorang lelaki sebelum dirogol beramai-ramai,” katanya.Wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang menetapkan peraturan dan hukuman bagi mengawal tingkah laku manusia menurut Islam.

Ia bukan saja dikenakan ke atas Muslim di Acheh malah dikuatkuasakan ke atas individu bukan Islam.Menurut kanun berkenaan, pesalah khalwat boleh dirotan antara tiga hingga sembilan kali atau denda antara Rp2.5 juta (RM700) hingga Rp10 juta (RM2,800).

Bagaimanapun ia menimbulkan tanda tanya kerana kanun berkenaan tidak menyediakan hukuman bagi kesalahan merogol.Setakat ini Aceh hanya mempunyai empat kanun - membabitkan hal ehwal agama, pemujaan dan simbol-simbol agama; khamar (arak) dan maisir (judi), serta berkhalwat.

Ibrahim berkata, disebabkan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rogol, pesalah akan dikenakan tindakan menurut akta jenayah.Wanita itu dilaporkan dirogol bergilir-gilir kira-kira jam 1 pagi pada 1 Mei lalu.

Mereka diintip sembilan penduduk kampung yang kemudian menyerbu dan mengikat lelaki terbabit sebelum dikurung di dalam almari.Wanita itu kemudian dirogol bergilir-gilir sebelum diserah kepada ketua kampung untuk dikenakan tindakan.Tiga suspek ditahan polis kemudian, manakala enam yang lain masih diburu.- Agensi

Gadis Trauma Jadi Lauk 4 Lelaki

by
Kajang: Dua jam umpama dalam neraka. Itu nasib dialami seorang gadis apabila dia diperkosa empat lelaki secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya, di sini, hanya kerana termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an sebaliknya dijadikan tawanan dan hamba seks sebelum berjaya diselamatkan anggota polis yang menyerbu hotel berkenaan pada pagi sama.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun jam 2 pagi hari kejadian.Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.“Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut suspek. Malangnya tiga lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu,” katanya. Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek cuba melawan, namun gagal sebelum diperkosa keempat-empat suspek secara bergilir-gilir.

“Sekitar jam 4 pagi, dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan terserempak tiga suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel,” katanya.Menurut sumber, dua anggota polis itu bagaimanapun curiga apabila suspek tiba-tiba melarikan diri ketika dihampiri.

“Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu diperkosa,” katanya.Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap.

Isteri Dihayun Dengan Ekzos Motosikal Dan Dikejar Dengan Pisau Pemotong Daging Oleh Suami

by
Kuala Lumpur: Dihayun dengan ekzos motosikal, badan dibaling periuk selain dikejar dengan pisau pemotong daging.Itu detik cemas dialami seorang suri rumah selepas diserang suaminya yang mengamuk hanya kerana menuduh mangsa mencuri wangnya di kondominium didiami di Setapak, Ahad lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 30-an berang terhadap isterinya yang berusia 20-an sebaik mendapati sarapan tidak disediakan.Menurutnya, suspek kemudian keluar dari rumahnya itu sebelum pulang dengan membawa nasi bungkus hanya untuk dirinya saja.

“Seorang daripada tiga anak pasangan itu mengadu kepada mangsa bahawa ayah mereka (suspek) makan bersendirian.“Mangsa yang geram dengan tindakan suaminya makan bersendirian tanpa mempedulikan dia dan tiga anak kemudian keluar rumah membeli ikan.

“Mangsa pulang ke rumah dan menyediakan masakan untuk makan tengah hari.Mangsa bagaimanapun terkejut apabila suaminya tiba-tiba ‘naik angin’ dan menuduhnya mencuri duit miliknya,” katanya.Menurut sumber, suspek kemudian bertindak melampau apabila membaling periuk sehingga terkena badan mangsa, selain memecahkan pasu bunga.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang masih belum berpuas hati kemudian mengambil ekzos motosikal sebelum menghayunkannya ke arah kaki kanan mangsa.“Ketika cuba mengelak ekzos itu, mangsa secara tidak sengaja mencederakan tangan kanan suspek dengan menggunakan pisau yang digunakan untuk memasak di dapur.

“Akibatnya suspek bertambah berang lalu bertindak merampas pisau pemotong daging untuk menyerang mangsa.Suspek cuba menetak mangsa, namun dapat dielak.“Suspek kemudian memukul kepala dan perut mangsa menggunakan hulu pisau pemotong daging itu selain turut menendang perut mangsa.

“Mangsa yang ketakutan melarikan diri sebelum mengunci dirinya di dalam bilik di rumah berkenaan.“Sejurus memastikan keadaan selamat, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, perut dan badan kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Balai Polis Setapak,” katanya.

Tiga Anggota Polis Palsu Culik Dan Merog*l Gadis Bergilir-gilir

by
Kajang: Tiga lelaki warga India bertindak menyamar sebagai anggota polis sebelum memperkosa seorang wanita selepas berpura-pura mahu memeriksa dokumen pasport milik mangsa.Dalam kejadian jam 10 malam Rabu lalu, mangsa yang berusia 30-an turut diugut akan dijadikan pelacur oleh suspek yang menculiknya berhampiran sebuah pusat beli-belah di kawasan Bandar Mahkota Cheras di sini.

Sumber polis berkata, mangsa warga India sebelum itu ditahan kumpulan suspek ketika sedang berjalan bersama tunangnya.“Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta mangsa dan tunangnya menyerahkan pasport untuk diperiksa, namun mangsa memberitahu pasport miliknya tertinggal di rumah.

“Tiga lelaki terbabit kemudian mengarahkan tunang mangsa mengambilnya di rumah jika tidak mahu ditahan,” katanya.Menurutnya, ketika tunang mangsa berpatah balik ke rumah, wanita terbabit dibawa ke sebuah hotel di Taming Jaya, di sini.Ketika berada di hotel itu, suspek mengugut mahu menjadikan mangsa pelacur sebelum mangsa diperkosa bergilir-gilir.

bersama beberapa wanita lain yang berada di situ.“Bagaimanapun mangsa enggan dan merayu dilepaskan.Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah lagi hotel di kawasan berhampiran sebelum diperkosa secara bergilir-gilir,” katanya.

Menurutnya, suspek turut merampas wang tunai RM200 milik mangsa sebelum menghantar mangsa ke Balakong dengan menaiki teksi.Tambahnya, polis yang menerima laporan kejadian itu kemudian segera mengesan suspek sebelum berjaya menahan kesemua mereka di Ampang dan Gombak, semalam.


Inilah Pak Guard Yang Sering Culik Budak Sekolah Dan Menjadikanya Alat Pemuas Nafsu

by

PENGAWAL keselamatan yang diberkas polis ketika cuba mencabul seorang budak lelaki.
Sungai Buloh: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

“Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.“Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini,” katanya.

Gara -Gara Bapa Leka Tidak Kunci Pintu Kereta Anak Kesayangan Dilarikan Penjenayah

by
Kota Kinabalu: Tindakan seorang bapa meninggalkan kenderaan dipandunya tanpa mengunci pintu dan mematikan enjin membawa padah apabila anak bongsunya berusia tiga tahun dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak Kampung Air di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, Low Yee Shang, 31, terkedu apabila melihat pacuan empat roda Toyota Hilux diletakkan di luar setesen minyak selepas membuang air kecil hilang bersama anaknya Low Min You, 3, yang turut dilarikan.“Saya tidak tahan untuk membuang air kecil dan berhenti di sebuah stesen minyak untuk melepaskan hajat.

“Ketika itu, saya melihat Min You sedang tidur di kerusi penumpang belakang dan tidak mahu mengejutkannya sebelum keluar dari kenderaan,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, susulan itu, dia hanya membiarkan enjin dalam keadaan hidup lalu bergegas ke tandas.

“Bagaimanapun sebaik selesai membuang air, saya bergegas ke kenderaan, tetapi terkejut mendapati ia sudah tiada,” katanya.Bimbang berlaku perkara buruk selain risaukan keselamatan anak, katanya, dia menghubungi polis melaporkan insiden itu.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan polis melakukan rondaan dan berjaya mengesan Toyota Hilux milik mangsa ditinggalkan di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson, kira-kira jam 9.30 pagi (semalam) hari sama, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.“Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit tidak ditemui dipercayai dilarikan suspek,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mengedarkan foto Min You dan mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di setiap laluan keluar selain pemantauan melalui udara dan laut.“Setakat ini, polis masih menyiasat insiden ini mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan seseorang dengan tujuan mengurung secara sulit dan salah yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun.

“Difahamkan, kanak-kanak itu ketika kejadian memakai baju-T putih dan seluar pendek hijau.“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 088-529 270/207 segera,” katanya.

Banduan India Yang Ganas Terlepas Dari Penjara Taiping

by
Perhatian!!! Jika anda ternampak wajah lelaki ini sila berhati-hati dan buat laporan polis berikut sumber yang admin ambil dari fb

Maklum FIR mengenai Taiping Repot 3204/14 berkenaan satu kejadian seorang OKT lelaki India nama Surishkumar a/l Muniandy, KP: 881102-08-5983, umur 25 thn yang bicara bawah Kes 395 KK (Rompak berkawan) telah lari dari kawasan mahkamah ketika hendak dimasukkan ke lokap mahkamah selepas sebutan semula dilaksanakan di mahkamah Sesyen Taiping.



Kes berlaku jam 10.10 am 6/5/14. Hebahan telah dibuat dan operasi mencari sedang dilaksanakan. OKT ini bawah reman penjara pending bicara. Utk makluman awal.Mohon kawan-kawan share



Panas !!! Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

by
CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.

Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya.

ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.


Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pd generasi baru?

Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk disini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Disana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.

Top Ad 728x90