Top Ad 728x90

Saturday, 15 June 2013

Amalan makan tengah malam adalah bahaya.

by
Amalan makan tengah malam adalah bahaya.

Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari.

Ramai yang tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang boleh dihadapi secara beransur-ansur akibat budaya ini.Sekiranya melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan terdedah kepada masalah kegemukan.Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.




Sunday, 9 June 2013

30 Petua Untuk Suami Menyayangi Anda

by
Selamat berkunjung ke blog Putera Izman Dot Com.Perkongsian menarik kali ini 30 petua untuk suami menyayangi anda.Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda selamat membaca dan jika tidak keberatan sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda.

2. Apabila suami pulang dari kerja sambutlah dia dan layani beliau sebelum melakukan kerja-kerja yang lain

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan Memikat Suami/Lelaki sepanjang hari. ( jika Memikat Suami/Lelaki dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah Memikat Suami/Lelaki. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Memikat Suami/Lelaki.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh Memikat Suami/Lelaki dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran Memikat Suami/Lelaki )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan Memikat Suami/Lelaki – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila Memikat Suami/Lelaki marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan Memikat Suami/Lelaki hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan Memikat Suami/Lelaki dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila Memikat Suami/Lelaki memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14. Bila Memikat Suami/Lelaki meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada Memikat Suami/Lelaki sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu Memikat Suami/Lelaki apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan Memikat Suami/Lelaki.

17. Bila Memikat Suami/Lelaki bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh Memikat Suami/Lelaki, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat Memikat Suami/Lelaki terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya Memikat Suami/Lelaki bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk Memikat Suami/Lelaki dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21. Telefon Memikat Suami/Lelaki di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila Memikat Suami/Lelaki menggalakkannya.

22. Jika Memikat Suami/Lelaki perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23. Jangan ganggu Memikat Suami/Lelaki ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24. Jika Memikat Suami/Lelaki marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan Memikat Suami/Lelaki :- 

* terangkan pada Memikat Suami/Lelaki dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. 
* Beri pilihan kerja yang disukainya. 
* jangan menyuruh-nyuruh 
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke Memikat Suami/Lelaki untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun Memikat Suami/Lelaki berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat Memikat Suami/Lelaki kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai Memikat Suami/Lelaki sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"

Tuesday, 4 June 2013

Kubur Gadis Yang Masih Dara Digali Dan Dirogol

by

Warga Jalan Pertahanan, Desa Patumbak, Pasar VII, Kabupaten Deli Serdang digemparkan dengan kes pembongkaran kuburan seorang gadis bawah umur siswi SMP PAB yang baru sehari dikebumikan. Tak hanya membongkar, pelaku juga memperkosa mayat gadis perawan itu. Dari lubang kubur ditemukan seluar dalam seorang lelaki.

Kegemparan itu bermula ketika Raswati (54), penjaga kuburan mendapat laporan dari adiknya,   ada kubur  dibongkar dan ada mayat perempuan telanjang, Rabu (27/3) pukul 08.00 wib. Mendapat laporan itu, Raswati pun langsung berlari ke lokasi penemuan.

Benar saja, jenazah Elatriyana br Ginting (15) warga Dusun I, Desa Namo Siro Baru Kec. Sibiru-biru, Kab. Deliserdang ditemukan diluar liang lahat dengan kondisi sangat menyedihkankan. Kain kafan yang menutupi tubuhnya berserakan dua meter dari lubang kubur. Alhasil tak sehelai benang pun menutupi tubuh jenazah pelajar SMP PAB 5 Patumbak itu.

“Aku datang kemari, mayatnya sudah keluar dari kuburnya dengan posisi telentang tanpa sehelai benang pun melekat ditubuhnya. Sedangkan kain kafannya sudah berserakan,” ucap penjaga kuburan kepada wartawan.

Mayat gadis yang terbunuh dalam peristiwa kemalangan tak jauh dari rumahnya itu bahkan diperkosa pelaku. Hal itu diketahui setelah petugas melakukan pemeriksaan pada kemaluan korban terdapat bercak sperma.

Hal itu pun dikuatkan dengan keterangan Polis Patumbak, Kompol Triyadi saat ditemui di lokasi perkuburan. “Kita masih melakukan lidik terhadap kes ini. Dugaan sementara mayat tersebut diperkosa,” ungkapnya singkat.

Dari hasil olah tempat kejadian pekara (TKP) Petugas Polsek Patumbak mengambilkan barang bukti sehelai seluar dalam lelaki warna biru dongker merek Champiro ukuran M dari dalam lubang kuburan, dan ember cat ukuran 5 kilogram.

Pantauan wartawan di lokasi, puluhan warga tampak ramai di lokasi untuk mengetahui kejadian. Hal itu   menimbulkan kesesakan. Atas pertimbangan berbagai hal, beberapa jam kemudian jenazah Elatriyana kembali dikebumikan.

Orangtua mangsa, Rakimin Ginting mengaku sangat sedih atas musibah yang menimpa jenazah almarhumah anak perempuannya itu. “Udah anak kami mati dilanggar, jenazahnya diperkosa orang juga. Aku sedih kali bang,” ucapnya tampak begitu sedih.

Warga di sekitar lokasi menyebut aksi pemerkosaan mayat itu dilakukan orang yang ingin menuntut ilmu hitam. Beberapa warga bahkan percaya pelakunya tinggal tak jauh dari lokasi.

Sebelumnya, Isnin (25/3) siang, Elatriyana mengalami kecelakaan lalulintas ketika menunggang motorsikal di Jalan Pertahanan, Patumbak. Akibat dilanggar dump truk, gadis itu   dibawa untuk mendapat  rawatan perubatan di RS Sembiring yang berada di Delitua. Namun, tepatnya pukul 14.30 Wib, Elatriyana akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Selasa (26/3) sekira pukul 11.00 wib, Ela pun dikebumikan di TPU Jl. Pertahanan Desa Patumbak I Pasar VII Kab, Deli serdang. Tetapi, baru satu hari dikebumikan mayat Elatriyana ditemukan keluar dari kuburan dengan kondisi kain kafan terbuka dan posisi mayat Elatriyana telentang tanpa sehelai benangpun melekat ditubuhnya. (cr1/roy/bud)indah.com

Kisah Sayang Esok Saja Kita Cabut Iyer....

by



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang.."

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.


Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."


Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.


Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"


Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


p/s : jangan fikir2 yg bukan2 yerr...



sumber:http://www.kongsiberita.com/

Monday, 3 June 2013

4kali gugur janin merana seumur hidup

by





DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.


Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.

Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.

Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!

Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!

Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.
Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.
Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.

"Hei kamu!!!" laung saya.

Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?

Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

"Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan...

Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut...

Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi... siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.

Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!

Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya... saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.

Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"

Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.

"Nah... kalau begitu gugurkan saja.

Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.

Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.

Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.

Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.

Kali ketiga Azimah datang....


Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.

Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.

Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.
Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.

Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.

Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.

Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

"Jangan gugurkan lagi, bahaya."

Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.

Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.

"Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.
Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.

Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.

Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.

Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.

Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!

Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.

Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.

Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Berapa ramai lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.

********************************

Saya dalam cerita di atas adalah Juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Mastika baru-baru ini.

♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥

Kisah Sebelum Aku Jadi Isteri

by
Assalamulaikum dan salam sejahtera, Terima Kasih sudi berkunjung ke blog.Semasa admin berjalan-jalan mencari info ke blog rakan-rakan admin telah singgah ke blog blogger wanita disana admin tertarik dengan kisah hidupnya yang patut admin kongsikan dengan pembaca disebalik kisahnya itu terdapat nasihat yang perlu kita ambil terutama untuk mereka bakal bergelar suami isteri.. jadi ikutilah kisahnya
 
Hari ini dah hampir 6 bulan lebih aku menjadi seorang isteri. Rasa kelakar pula bila imbas semula masa mula-mula nak nikah dulu.Bila kata nak kahwin, macam senang je didengarkan, tapi proses sedikit sebanyak memerlukan kesabaran. Pengalamanku sebelum bernikah ingin kukongsikan bersama rakan pembaca. Aku fikir aku takkan nervous sgt, tapi sebaliknya.
Dua hari sebelum nikah, kami ada pergaduhan yang besar yang membuatkan kami hampir tak jadi nak nikah. Tapi inilah dugaan yang perlu kita hadapi sebelum mendirikan rumahtangga. Syaitan akan menggoda kita untuk tidak membina masjid kebahagiaan. Nasib baik kami masih berfikir secara wajar dan berfikir ini hanyalah godaan syaitan. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa.

Pagi sebelum majlis pernikahan, aku sangatlah berdebar-debar. Aku rasa hampir 10 kali aku ke tandas sebab i felt so nervous..hehe. Tangan dah seram sejuk dah.Paling lucu, masa nikah, aku fikir aku jak yang nervous, rupanya suami aku pun lagi nervous. Sampai masa akad nikah, mas kahwin yang sepatutnya satu ratus ringgit (RM100) disebut satu ringgit, tertinggal perkataan ratus. Semua orang gelak di majlis tu. Hehe.. Lafaz kedua, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Majlis Akad Nikah
4hb Julai 2012, Hari aku bergelar sebagai seorang isteri. Status dari Bujang bertukar menjadi Berkahwin. Hidup ini ingin dikongsi bersama orang yang disayangi. Semoga kebahagian kekal hingga ke alam barzakh. Amin

Tips: Buat rakan pembaca yang lain, kalau ada sebarang dugaan sebelum bernikah, kita kena bersabar sebab itu semua godaan dari syaitan. Bersabar dan banyak berdoa agar majlis sentiasa berjalan dengan lancar. Tapi yakinlah, kalau si Dia memang jodoh kita, semuanya akan berjalan dengan baik.-blogger wanita

Sejarah Hitam Wanita Dalam Teksi

by
SILA AMBIL PERHATIAN!! & [SHARE]

Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.


Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahui tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!

Kaum wanita sila ambil perhatian..

dan kepada semua sila KONGSIKAN kepada rakan-rakan wanita anda..

Ayah Berebut Susu Badan Dengan Anak

by
Dalam sebuah acara televisyen di AS, seorang lelaki bernama Jeff yang tinggal di Ohio, AS, menyatakan bahawa ia memiliki ketertarikan aneh dengan payudara dan ASI(air susu ibu) yang dikeluarkan oleh isterinya, Michelle.

Lelaki yang telah memiliki seorang anak bernama Ala ini mengaku bahwa ia merasa terangsang ketika melihat istrinya menyusui sang anak. Hasilnya ia kemudian juga mencuba ‘merasakan’ ASI sang isteri. Menurut pengakuan Jeff, itu merupakan hal yang sangat menghairahkan untuknya.

Sementara itu menurut seorang ahli, ketertarikan seseorang terhadap sesuatu (fetish) yang berujung pada rasa terangsang merupakan hal yang wajar. Banyak orang yang terangsang jika melihat hal-hal aneh lainnya seperti kaki atau pakaian dalam.


sumber: borakkosong.com

Jennifer Lopez Dikecam Kerana Membuat Persembahan Menghairahkan

by
Persembahan JLo Dikecam Gara-gara Persembahan BGT

London – Aktres Jennifer Lopez telah dikecam gara-gara persembahannya dalam rancangan realiti Britain’s Got Talent yang disifatkan sebagai `persembahan lucah’ dan tidak sesuai ditonton .


Ia gara-gara tarian menghairahkan dengan pakaian seksi yang dipersembahkannya sedangkan rancangan itu ditonton oleh berjuta-juta kanak-kanak dan seisi keluarga.

Hinggakan seorang lagi penyampai rancangan tersebut, Anthony McPartlin dikatakan menjeling Lopez selepas melihat penampilan artis itu di belakang pentas.

Hanya seorang juri pada malam itu iaitu Amanda Hollen yang memuji Lopez.
Susulan penampilan seksi Lopez itu, badan pemantau penyiaran Britain akan mempertimbangkan sama ada mahu menyiasat atau tidak program tersebut setelah menerima berpuluh-puluh aduan daripada orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai menyuarakan ketidakpuasan mereka melalui laman media sosial dengan antara mereka memangil Lopez sebagai pelacur.
Jennifer perlu diingatkan bahawa ini adalah rancangan hiburan seisi keluarga.
“Tidakkah Jennifer mengetahui bahawa dia terlalu seksi untuk membuat persembahan ini,’’ itu antara kata-kata kecaman yang diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, pengarah OFCOM, Vivienne berkata, rancangan seumpama itu popular di kalangan kanak-kanak, justeru adalah tidak wajar sama sekali jika mereka menyaksikan persembahan seperti itu.

“Ibu bapa membenarkan anak-anak mereka berjaga lewat untuk membolehkan mereka menyaksikan Britain’s Got Talent ini, namun ini yang berlaku.
“Nampaknya bidang penyiaaran tidak pernah belajar daripada kesilapan,’’ katanya.-mynewhub

Gambar Ngeri Wanita Dibunuh Dan Dirogol

by


Terkejut ble tengok pic camni.risau gile la kat adik2 kite.hmmm Malaysia kita dah makin tak aman.banyak sangat perogol bersiri dan sebagainya. kepada ahli keluarga mangsa,Takziah saya ucapkan.tujuan pic ini untuk dijadikan pedoman agar sume wanita tidak lagi memakai pakai seksi.supaya kaum lelaki tidak bernafsu tinggi.Nauzubillah

Sunday, 2 June 2013

Doa Seorang Isteri

by

Selamat Datang ke blog Putera Izman Dot Com.Hanya sekadar perkongsian.Perkongsian kali ini istimewa untuk wanita yang bergelar isteri ialah doa seorang isteri.semoga anda memperolehi sesuatu selepas membaca entri ini.Jika tidak keberatan silalah sharekan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain.

Ya ...♥الله♥

Satukanlah hati-hati kami
Satukanlah hatiku dan hati suamiku
dalam cahaya kasih sayangMU ya Allah


Tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan keselamatan
Dan selamatkanlah kami dari kegelapan menuju cahaya ya Allah


Ya ..♥الله♥
Kukuhkanlah rasa cinta di antara kami jadikanlah rumahtangga kami
Rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah
Kuatkanlah kami menghadapi ujian dan cubaan
Baik yang zahir mahupun yang tersembunyi

Jagalah iman, islam dan keikhlasan hati kami dalam beribadah kepadaMU

Anak Ulama Sering Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah

by
SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.


Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.


Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian.

Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.


Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.


Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.


Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik.

Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.


Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.


Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama.

Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa.

Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.


Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.


Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.


Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.


Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.


Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.


Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.


Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.


Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.


Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.


Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.


Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.


Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Saturday, 1 June 2013

Kisah Benar Dirogol Selepas Minum Air Dicampur Pil Khayal

by
KUALA TERENGGANU : Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.

Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu.

Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.

Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.

Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.

Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.

“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya.

“Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung.

“Saya menceritakan kepada keluarga peristiwa hitam itu dan bapa yang terkejut membuat laporan polis.
“Namun, bapa menarik balik laporan berkenaan dan untuk menutup malu keluarga bapa buat keputusan mengejutkan apabila mengahwinkan saya dengan lelaki terbabit yang merogol saya, tetapi mengasingkan saya daripada suami,” katanya.

Nor berkata, walaupun sudah berkahwin mereka tidak tinggal bersama dan dia sering mengelak bertemu lelaki terbabit sebelum menuntut cerai beberapa bulan kemudian.

“Saya tertekan dengan keputusan bapa menikahkan saya dengan perogol itu, malah lelaki yang bergelar ‘suami’ itu sering menghubungi saya untuk bertemu dan memujuk tinggal bersamanya, namun saya menolak kerana trauma dengan perbuatan biadabnya sehingga merosakkan masa depan saya.

“Beberapa bulan kemudian saya nekad berpisah dengannya sebelum memfailkan cerai fasakh di mahkamah dan kami berpisah, namun dia tetap memburu saya dengan alasan mahu melihat anak daripada benihnya itu, tetapi saya percaya dia ada tujuan lain,” katanya.

Nor berkata, dua tahun dia tidak keluar rumah akibat menderita selain menerima cemuhan jiran yang tidak tahu kejadian sebenar dan selepas melahirkan anak dia tekad memulakan hidup baru.

Menurutnya, pernah bekas suaminya itu menghubunginya untuk kembali bersama menjadi pasangan suami isteri, namun dia tidak menerimanya kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab apabila nafkah anak langsung tidak pernah diambil peduli.

“Saya percaya dia bukan mahu melihat anaknya, tetapi lebih kepada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan saya secara paksa, walaupun kami kini sudah berpisah,” katanya.

Nor berkata, sudah beberapa kali dia meminta bekas suaminya memberi nafkah kepada anaknya, namun jawapan diterimanya mengguris hatinya selain menuduh dirinya perempuan murahan.

“Saya bukan seperti yang dia gambarkan dan saya amat membencinya walaupun pernah bergelar suami isteri,” katanya.

Nor berkata, sehingga kini dia benci melihat wajah bekas suami yang memusnahkan masa depannya dan berharap pendedahannya memberi pengajaran kepada remaja lain supaya lebih berhati-hati memilih rakan supaya tidak terjerat.

Menurutnya, kesan psikologi kejadian itu amat mendalam serta sukar dilupakan dan dia kini banyak menginsafi diri selain berusaha mendidik anak hasil perbuatan bekas suaminya yang kini berumur tiga tahun menjadi insan berguna.

info ini sekadar peringatan kepada kaum wanita ingatlah jangan mudah mempercayai sesiapa terutamanya lelaki walaupun anda mengenalinya beringat sebelum terkena sudah terkena menyesal tiada guna

Top Ad 728x90