1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Wednesday, 31 October 2012
by Unknown
06:24
Seorang wanita Britain, Suki-Jane Taylor, 42, mengalami derita dalam hidupnya kerana gara-gara cacing pita.
Taylor terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otaknya kerana organnya itu dipenuhi telur cacing pita dan beribu-ribu ekor cacing itu!
Lebih menyedihkan, dia menderita penyakit Neurosysticercosis di mana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian otak dan merosakkan sistem saraf.
Pada mulanya, Taylor sering mengalami gangguan penglihatan dan gangguan keseimbangan dalam badan juga penyakit epilespi.
Kerana apa? Semuanya kerana dia kerap makan daging babi.
Secara tidak sengaja, dia telah menelan larva yang terdapat di dalam daging babi.
Akibatnya, Taylor mengalami pembengkakan pada salur darah di bahagian otaknya.
“Mereka telah mengeluarkan cacing pita dari otak saya. Sarang itu terbentuk di atas tulang belakang dan di bahagian belakang otak,” kata Taylor.
Ketika ini, Taylor telah pun kehilangan deria rasa dan bau. Malah, dia juga sering mengalami tekanan.
Jadi, waspadalah untuk kita semua dalam mengambil sebarang bentuk makanan.
sumber
by Unknown
06:17
KUALA TERENGGANU - Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.
Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.
"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam 'dashboard' keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.
Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.
"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata. - Bernama
Tuesday, 30 October 2012
by Unknown
07:33
PHILADELPHIA - Seorang guru sekolah menengah didakwa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan pelajar berusia 17 tahun dalam kereta serta hotel Ramada Inn, lapor media semalam.Rachel Farrell, 25, baru berkahwin dua bulan apabila didakwa menjalin hubungan kelamin dengan pelajar terbabit.
Menurut laporan, Rachel mengajar kanak-kanak membaca di Sekolah Tinggi Bangor di Pennsylvania.Selepas skandal berkenaan terdedah, Rachel meletak jawatan dan bercerai.Dia kini berdepan tiga tuduhan merosakkan remaja.Sementara itu, sumber berkata, polis mengesyaki Rachel turut mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajar lain.
Remaja itu kini berusia 18 tahun mengaku mula berkomunikasi dengan Rachel melalui Facebook sebelum hubungan itu dilanjutkan ke ranjang beberapa kali di lokasi berbeza.Katanya, antara lokasi itu adalah kawasan meletak kenderaan yang jauh daripada orang ramai.Penyiasat mendapati, hubungan seks itu pernah berlaku di kawasan meletak kenderaan Walmart dan Ramada Inn di Tannersville, daerah Monroe.
“Rachel mengaku kepada rakannya, dia pernah mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 17 tahun,” katanya.Rachel berkahwin pada Jun 2010, manakala hubungan sulitnya mula berlaku di antara Ogos tahun sama sehingga Januari 2011.-gempak.org
by Unknown
07:25
selamat berkunjung ke blog putera izman dot com.Memang gila bayangkan seorang lelaki ini digantung depan khalayak ramai menurut info yang admin tahu ia berlaku di Lebanon.ikuti gambar gambarnya dibawah
by Unknown
07:20
Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.“Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka-malaysiasensasi.net
Wednesday, 24 October 2012
by Unknown
07:40
1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
by Unknown
05:22
Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari Qatadah dari Anas bin Malik berkata, "Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah pada hari Jumaat,
tiba-tiba ada seorang laki-laki mendatangi beliau seraya berkata, "Wahai Rasulullah, hujan sudah lama tidak turun, berdo'alah kepada Allah agar menurunkan hujan buat kita."
Maka beliau pun berdoa hingga hujan pun turun, dan hampir-hampir kami tidak pulang ke rumah . Dan hujan terus turun hingga hari Jumaat berikutnya."Anas bin Malik berkata, "Laki-laki itu atau lelaki lain berdiri lalu berkata, "Wahai Rasulullah, berdo'alah kepada Allah agar hujan segera dialihkan dari kami."
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa: "Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami saja dan jangan membahayakan kami."
Anas bin Malik berkata, "Sungguh aku melihat awan berpencar ke kanan dan kiri, lalu hujan turun namun tidak menghujani penduduk Madinah."(Shahih Bukhari : 1015)
Perhatian:
1,jika anda suka artikel ini sila klik like
2.jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat sila sharekan
by Unknown
05:14
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.
Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.
by Unknown
05:05
Di Ukraine tiga suspek untuk cuba membunuh seorang wanita berumur 18 tahun. Mereka mengatakan ia bermula apabila mereka mula minum arak, bersama-sama dengan beberapa "kawan" yang menyertai parti itu di rumah salah seorang daripada mereka.
Apabila mereka telah mabuk, memberi bahan untuk gadis itu untuk tidur. Selepas itu, anak-anak mengambil peluang untuk memberi melepaskan kepada naluri rendah mereka, merogol gadis sehingga dia rebah.
Untuk memburukkan lagi keadaan, salah seorang daripada mereka datang dan mencekik gadis itu, pemikiran dia telah mati, mereka membawanya kepada belakang rumah, meletakkan serpihan sekitar dan mula membakar.
Gadis itu bangun dan mula menjerit meminta pertolongan, sehingga ia telah didengar oleh jiran dan dibawa ke hospital dengan terbakar mendalam lebih separuh tubuhnya.
sumber:tabekpuang.blogspot
artikel paling hot berkaitan Ngeri
Tuesday, 23 October 2012
by Unknown
05:30
Satu kejadian yang pelik telah berlaku di Benin City, Nigeria didalam sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu bayi yang menyerupai kuda.
Bahkan ada juga yang mengatakan ianya menyerupai kambing. Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.”Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar.
Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi. “
Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi. Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.
by Unknown
03:08
saya berusia 25 tahun dan mempunyai teman wanita berusia 24 tahun. Saya merancang untuk berumah tangga selepas lima tahun bercinta tapi kekasih saya kata dia tidak bersedia. Namun tiga bulan lalu, saya sudah menghidu kecurangan kekasih saya terlanjur bersama rakan sekerjanya.
Saya menjadi sangat tertekan. Saya akui pernah terlanjur dengan kekasih beberapa kali, namun saya berazam untuk bertanggungjawab. Apabila kekasih saya tahu hubungannya diketahui, dia bersumpah dia tidak cintakan lelaki itu dan lakukan kerana nafsu.
Dia memberi alasan saya berada jauh daripadanya. Saya terkilan dengan pengakuannya. Saya memang sayangkan dia tetapi tidak dapat menerima perbuatannya. Kini saya hanya memendam rasa, dia cuba memenangi kembali hati saya tetapi saya tidak nampak keikhlasannya.
Jika saya putuskan hubungan dengannya kelak hubungan saya dan keluarganya juga terjejas. Pada masa sama, saya menaruh hati pada adiknya dan berhasrat untuk menikahi adiknya. Adiknya tidak membantah dan juga suarakan hasrat yang sama terhadap saya, apa nasihat anda?
ASRAF BUNTU
Setiawan, Perak
BAGI saya saudara tidak dapat menerimanya kembali kerana sukar memaafkan perbuatan kekasih menjalin hubungan dengan lelaki lain. Namun tindakan saudara mengahwini adiknya bukan langkah bijak jika alasannya sekadar mahu mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas kekasih.
Malah saudara pernah terlanjur dengan kekasih saudara beberapa kali membuatkan Saya berasa langkah itu ibarat keluar mulut harimau meniti mulut buaya. Yang pasti ia bukan perkara wajar dilakukan.
Saya bimbang kelak, kisah silam saudara dengannya akan dibuka satu persatu akhirnya menimbulkan konflik sebaik saudara menikahi adiknya. Ini kerana bekas kekasih menyimpan harapan kembali bersama saudara.
Berkemungkinan saudara akan menyebabkan hubungan persaudaraan antara adik dan kakak berantakan dan keseluruhannya keluarganya pasti turut terkesan dengan tindakan saudara.
Adakah adiknya tahu sejauh mana hubungan saudara sehingga terlanjur dengan kakaknya? Saya sarankan saudara leraikan kekusutan hubungan dengan kekasih saudara dulu. Nyatakan saudara tidak mungkin menyambung kembali hubungan lalu.
Saudara tidak dapat menerima kerana tidak percaya kepada dirinya lagi. Saudara juga perlu berterus terang dengan adiknya bagaimana hubungan cinta saudara dan kakaknya. Jika si adik masih menerima saudara, saudara perlu melindungi perkahwinan daripada diancam sejarah hitam cinta lalu.
Sentiasa ingatkan badai yang bakal melanda dalam alam rumah tangga, jika saudara dan dia masih ingin meneruskan rancangan hidup bersama. Disamping itu pohonlah taubat kerana saudara hanyut dalam bercinta sehingga terlanjur dengan pasangan. Ambil iktibar pengalaman perit bercinta sebagai balasan atas noda lalu.
perkongsian dari harian metro
Monday, 22 October 2012
by Unknown
06:11
Ini kisah sadis tahap gila! Seorang wanita yang dikenali sebagai Sitabai Chouhan dikejarkan ke Hospital Maharaja Yashwant Raoin di Indore India kerana cubaan membunuh diri. Beliau cuba membunuh diri dengan memakan racun tikus. Semasa beliau cuba dirawat pihak hospital menemui sebuah mangga yang mengunci kemaluan beliau. Yang mengerikan disini ialah mangga tersebut mengunci kemaluan beliau melalui lubang yang ditebuk secara terus melalui labia milik Sitabai.
Setelah disoal siasat Sitabai memberitahu pihak hospital suami beliau Sohalnal Chouhan (38) mengunci beliau sejak empat tahun yang lalu. Setelah ditahan pihak polis Sohalnal berkata beliau melakukan kuncian ini kerana mengesyaki si isteri akan mencari lelaki lain ketiak beliau tiada rumah. Beliau mengaku akan mengunci kemaluan isterinya pada waktu pagi dan hanya akan membukanya pada waktu malam selepas pulang dari kerja.
Sebuah kunci ditemui didalam sarung kaki beliau ketika pemeriksaan polis didapati dapat membuka mangga yang terletak pada kemaluan Sitabai. Alasan yang diberikan oleh Sohalnal ialah di dalam keluarga beliau sudah ada beberapa kes si isteri curang kepada si suami dan beliau hanya mahu memastikan perkara yang sama tidak berlaku kepada beliau.
Pasangan ini sudah mempunyai lima orang anak dan Sitabai Chouhan cuba membunuh diri kerana tidak mampu menahan si suami dari mmencabul kehormatan anak perempuan sulung mereka. Sadis! Sohalnal Chouhan kini menanti untuk dibicrakan atas kesalahan mencederakan isteri beliau.-bestoneoffour
by Unknown
06:02
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
by Unknown
05:57
Seorang wanita misteri naik rangkaian rel kereta bawah tanah di Vienna, Austria dengan tanpa mengenakan apa-apa kecuali sepasang kasut bot setinggi lutut kulit dengan penuh senyuman.
Penumpang kereta pagi itu pun terkejut apabila wanita bogel tersebut sampai di Vienna U-Bahn dekat stesen Kardinal-NAGL-Platz dan berdiri di tengah-tengah gerabak. Bahkan tanpa ragu dan malu wanita misteri itu pun bersedia berpose apabila penumpang lain memotretnya. Ia pun turun dari kereta juga tanpa mengucapkan sepatah kata pun.
Kakitangan di Vienna U-Bahn telah mempelajari gambar CCTV dari wanita - yang telah digelar Venus Vienna - Austria, dan media telah melancarkan hambar wanita bogel tersebut untuk mengesan identitinya.
Dipetik dari Dailymail, Jumaat (19/10) fotonya telah diterbitkan di surat khabar Vienna dengan meminta para pembaca yang mengenalinya untuk mengenalpasti penumpang misteri tersebut.
Sementara tindakan wanita ini telah mengejutkan banyak orang, di sebalik itu semua tindakannya sangat gila mengingat saat itu suhu di Vienna sangat ekstrem, dimana tengah turun salji yang sangat sejuk.-tabekpuang.blogspot.com
Saturday, 20 October 2012
by Unknown
19:05
gambar hiasan
SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.
Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.
Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya. Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.
Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.
Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya ‘bersama’.
Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.
Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.
Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.
Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.
Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.
SUAMI SETIA,
Johor
ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.
Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).
Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.
Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.
Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda. Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.
Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.
Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.
Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.
Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.
Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.
by Unknown
18:58
BACHOK: Temberang seorang suami kepada isteri kononnya pergi memancing ikan bersama rakan karib akhirnya terbongkar apabila lelaki berusia 52 tahun itu dikesan dijangkiti virus HIV selepas dipercayai kerap melanggan pekerja seks di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, sejak 10 tahun lalu.
Malah, bagi meyakinkan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah, 45, lelaki terbabit juga sanggup membeli ikan besar seperti kerapu atau jenahak di pasar sebelum pulang ke rumah, kononnya itulah hasil tangkapannya.
Bagaimanapun, rahsia lelaki dikenali sebagai Jaafar itu terbongkar apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV selepas sering demam, selain berat badannya menurun mengejut.
Sebaik didesak Asmah berulang kali, akhirnya Jaafar mengaku dia sebenarnya bukan pergi memancing, sebaliknya ‘melancong’ ke pekan Sungai Golok semata-mata untuk melanggan pekerja seks.
Asmah berkata, lebih mengejutkan, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah mendakwa melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak 10 tahun lalu dan lebih 50 pekerja seks Thai pelbagai usia ‘ditidurinya’.
Katanya, ketika ditanya, suaminya turut mengaku nafsunya lebih terdorong kepada wanita warga Thailand kerana terliur melihat paras rupa mereka, selain tertarik dengan tubuh yang berkulit putih serta gebu.
“Jaafar meninggal dunia akibat HIV tiga bulan lalu dan sempat meminta maaf di atas perbuatannya, namun saya dan anak lelaki berusia tujuh tahun (hanya mahu dikenali sebagai Aliff) pula yang menderita kerana turut dijangkiti virus itu.
“Walaupun marah serta geram dengan perbuatannya, saya tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah terlambat,” katanya ketika dia dan anaknya ditemui Metro Ahad di Rumah Masyarakat Prihatin (RMP) di sini.
Kehidupan Asmah semakin malang apabila Aliff pula disahkan mengalami masalah pendengaran oleh pihak hospital, menyebabkan ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu makin tertekan.
Asmah berkata, perkahwinannya dengan Jaafar adalah yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama.Katanya, melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak, namun anak sulung meninggal dunia lima tahun lalu akibat demam panas.
“Ketika meminta izin dengan saya untuk keluar memancing, riak mukanya langsung tidak menunjukkan reaksi berbohong, menyebabkan saya percaya kata-katanya.
“Lagipun, Jaafar turut membawa peralatan memancing, termasuk umpan serta bekalan makanan, kononnya hendak bermalam selama dua hari, menyebabkan saya bertambah yakin,” katanya.
Menurutnya, seminggu sebelum meninggal dunia, Jaafar turut memaklumkan dia boleh jadi ‘sasau’ jika tidak pergi ke negara jiran.“Dia turut mengaku menghabiskan wang antara RM200 hingga RM300 setiap kali melanggan pelacur.
“Kini, saya dan anak sering hadir ke RMP bagi mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor, Zaimah Hussin,” katanya.
Friday, 19 October 2012
by Unknown
16:25
KUALA LUMPUR,: Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang disiarkan sebuah portal hiburan hari ini.Malah, pelakon Kiah Pekasam itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.
"Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam.
"Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
"Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini.
"Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.
"Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.
"Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini," katanya ketika dihubungi murai.com.my, sebentar tadi.Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.
"Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.
"Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
"Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya," jelasnya.
Difahamkan, gambar tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.
Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan.
Thursday, 18 October 2012
by Unknown
23:24
NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.
Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.
Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan. Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan. Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit. Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. - DM
by Unknown
23:11
daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,Nabi Muhammad Saw bersabda:
"sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku di Israqkan
1.aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2 aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA
3 aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblislaknatullah maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada allah
4 aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikatul maut,tetapi SOLATNYA YANG KHUYUK DAN TIDAK MENUJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu
5, aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya ketika itu,datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas
6,aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan setiap kali dia datang dia akan diusir,maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku
7,aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lslu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang
8,aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUH SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya
9,aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut
bersabda Rasullah Saw:Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat
Perhatian:
1,jika anda suka artikel ini sila klik like
2.jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat sila sharekan
1,jika anda suka artikel ini sila klik like
2.jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat sila sharekan
Wednesday, 17 October 2012
by Unknown
06:14
KUALA LUMPUR : Rupa dan fizikalnya seperti remaja awal 20-an, tetapi hakikatnya usia gadis montok berkulit gebu ini baru menjangkau 14 tahun dan masih bersekolah.Lebih mengejutkan, pada usia itu remaja bertudung ini menjadi antara cikaro rebutan dan terkenal di beberapa lokasi ‘panas’ tumpuan samseng jalanan sekitar ibu kota.
Dibesarkan dalam keluarga berantakan dan terbiar tanpa belaian kasih sayang ibu bapa menjadi alasan Nina untuk hidup bebas tanpa batasan agama.Namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap berkongsi impian sama dengan rakan sebaya lain iaitu menjalani hidup bahagia dan tidak mahu terus selama-lamanya hidup bergelumang dosa.
Baginya, apa yang berlaku sudah berlalu. Ikuti temubual wartawan Metro Ahad dengan Nina yang menemuinya baru-baru ini. – Metro
sumber:maklumat.my
by Unknown
05:56
Pada hari ini kita sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk membina rumah, selain membeli rumah yang sudah tersedia. Agak sukar sebenarnya berbanding jika kita mempunyai tanah lot sendiri untuk membina rumah impian mengikut plan sendiri. Timbul satu persoalan, kita adalah dilarang untuk membuang hajat dengan menghadap kiblat. Maka bagaimanakah jika tandas yang tersedia di bina itu menghadap kiblat.
Ikuti ulasan di bawah ini. Soalan: Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz. Raziyah, Ipoh, Perak. Jawapan: Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang.
Dalilnya ialah hadis berikut: Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11].
Jadi jelaslah bahawa larangan ini bukan ditujukan kepada tandas yang mempunyai dinding, akan tetapi larangan ini ditujukan kepada yang membuang hajat secara terbuka. Semoga artikel ini dapat memberikan panduan kepada semua orang. Sumber: Melayukini.net
Ikuti ulasan di bawah ini. Soalan: Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz. Raziyah, Ipoh, Perak. Jawapan: Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang.
Dalilnya ialah hadis berikut: Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11].
Jadi jelaslah bahawa larangan ini bukan ditujukan kepada tandas yang mempunyai dinding, akan tetapi larangan ini ditujukan kepada yang membuang hajat secara terbuka. Semoga artikel ini dapat memberikan panduan kepada semua orang. Sumber: Melayukini.net
by Unknown
05:34
1,Senyum dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami.
2 2, Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T.
3 3. Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu.
4. Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda.
5 5. Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang.
6 6. Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul.
7 7. Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter.
8 8. Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga. Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati dia.
9 9. Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat
10.Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi
10.Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi
Subscribe to:
Posts (Atom)