Top Ad 728x90

Monday, 31 December 2012

Hukum Beri Salam Dengan Lafaz SALAM atau AL-SALAM Sahaja

by


Soalan:

Apakah hukum mengucapkan salam dengan lafaz SALAM atau AL-SALAM, tanpa menyebutnya secara sempurna Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ucapan ini disebarkan melalui sms dan seumpamanya. Harap mendapat penjelasan dari Ustaz.

Jawapan:

Asal lafaz salam ialah ْاَلسَّلامُ عَلَيْكُم, lafaz salam tersebut boleh dengan lafaz Makrifah iaitulah ْالسَّلَامُ عَلَيْكُم, boleh juga dengan lafaz Nakirah iaitulah سَلَامٌ عَلَيْكُم, seperti yang terdapat di dalam nas-nas sahih dari al-Quran dan al-Sunnah. Ibn Abi Zaid al-Maliki berkata di dalam risalahnya:


والسلام أن يقول الرجل: السلام عليكم، ويقول الراد: وعليكم السلام، أو يقول: سلام عليكم

Maksudnya: “Lafaz salam iaitulah seseorang menyebut: “Assalamu’alaikum.” Yang menjawab pula menyatakan: “Wa’alaikumussalam.” Atau: “Salamun ‘Alaikum”
Al-‘Adawi ketika mensyarahkan perkataan ini menyebut:

ولا يجزئ السلام فقط بدءا وردا، لأنه عبادة فتتبع كالصلاة

Maksudnya: “Dan tidak  memadai dengan lafaz al-Salam sahaja sebagai memulakan atau menjawab salam, ini kerana salam adalah ibadah, maka ia mesti mengikut sunnah, sepertimana solat.”

Namun demikian sebagian ulama lain berpandangan BOLEH berpada dengan menyebut السَّلَام, atau سَلَامٌ. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz RH di dalam Fatawa Nur ‘Ala al-Darb menyebut:

ويكون السلام بلفظ التعريف: السلام عليكم، أو السلام عليك، ويجوز أن يكون بلفظ سلام عليك، وإن اقتصر على قوله: السلام، فلا بأس، فإن إبراهيم عليه الصلاة والسلام لما رد السلام على الملائكة حين قالوا: سلاما، قال: سلام أي عليكم سلام، وكذلك الابتداء يقول المسلم: سلام يعني سلام عليكم، أو السلام، يعني السلام عليكم، ولا بأس في هذا

Maksudnya: “Lafaz salam boleh dengan lafaz makrifah iaitulah السَّلَامُ عَلَيْكُم, atau السَّلَام عَلَيْك. Boleh juga dengan lafaz سَلَامٌ عليك. Jika berpada dengan menyebut السلام, tidak mengapa juga, kerana Nabi Ibrahim AS ketika menjawab salam Malaikat kepadanya dengan ucapan: سلامًا, baginda menjawab: سَلَامٌ, iaitulah bermaksud ke atas kamu semua juga keselamatan. Demikian juga memulakan salam dengan mengucapkan سلام, iaitulah bermaksud: Keselamatan ke atas kamu semua. Atau dengan السلام, tidak mengapa.”

Oleh yang demikian, HARUS mengucapkan salam dengan menyebut السَّلَامُ  atau سَلَامٌ. Allah SWT berfirman tentang ahli syurga:

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ

Mafhumnya: “Ucapan penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemuiNya ialah SALAM.” (al-Ahzab: 44)

Wallahu a’lam.

sumber:bin-sahak.blogspot.com

tolong sebarkan info berguna ini..

Sunday, 30 December 2012

Kisah Rasullullah Yang Kita Perlu Tahu

by


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga."

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah Baginda S.A.W. pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi S.A.W. bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya Baginda S.A.W. sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah S.A.W. menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" 

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi S.A.W. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah Baginda S.A.W. bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika Baginda S.A.W. menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda S.A.W. antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" 

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W. menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda S.A.W., Baginda S.A.W. masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah Baginda S.A.W. terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

sumber:misteriousgrapersz.blogspot

Surat Untuk Abang Dari Ayang

by

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik… Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…
Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang…
DAN… YANG TERAKHIRNYA… ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.
Dari Ayang…

Monday, 24 December 2012

Isteri-Isteri Nabi Muhammad S.A.W

by

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman


Friday, 21 December 2012

Info Mengenai Sihir Yang Perlu Kita Tahu

by
Orang yang dengki terhadap seseorang yang hendak menikah akan berjumpa tukang sihir jahat lalu meminta tolong darinya untuk mengerjakan sihir kepada anak perempuan si polan supaya tidak menikah. Kemudian tukang sihir meminta nama gadis yang dimaksudkan, nama ibunya dan salah satu benda yang pernah dipakainya. 

Lalu tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan beberapa jin supaya mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk ke dalamnya ketika gadis tersebut dalam salah satu dari 4 keadaan yang memungkinkan untuk masuk kepadanya iaitu:


• Takut Amat Sangat
• Marah yang tidak terkawal
• Lalai keterlaluan
• Di puncak nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan 1 di antara 2:


1. Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada calon suaminya yang mengemukakan lamaran kepadanya.


2. Atau jin itu tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu pandangan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian selalu membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukan kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita itu tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju. Setelah beberapa hari lelaki itu memutusakan hubungan akibat bisikan syaitan kepadanya.
Dalam keadaan-keadaan sihir berat, didapati kaum lelaki yang mengemukakan lamaran kepada wanita tersebut, semenjak masuk pintu rumah wanita itu, dia merasa kesal dan terseksa seolah-olah dia berada di dalam penjara sehingga tidak mahu kembali lagi.


Selama masa tersebut jin menimbulkan pening terus-menerus pada wanita tersebut.

Tanda-Tanda Sihir Menahan Pernikahan:

• Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
• Sesak di dada terutama selepas Asar hingga tengah malam.
• Melihat bakal suaminya bermuka hodoh.
• Fikiran melayang.
• Selalu gelisah waktu tidur.
• Selalu ada rasa sakit di perut.
• Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Maksudnya: "Dan Kami turunkan suatu dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian" - Surah al-Isra' : 82

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - Maksud hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Oleh itu kita mesti mempertingkatkan iman dengan menambah ilmu dan amal. Di samping ibadah harian yang kita amalkan, kita juga perlu mengamalkan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa tertentu sebagai ‘pendinding diri’ dari gangguan jin dan syaitan

Petua Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

by

Solat merupakan tiang agama.Sebagai seorang muslim kita diwajibkan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.Mungkin ada dikalangan kita berpendapat malas menunaikan solat kerana masih belum puas untuk enjoy atau tak sesuai dengan masalah sosial yang di hadapi.Jika itu tanggapannya anda salah kerana orang bersolat tak semestinya baik namun ia telah melakukan kewajipan yang diberi.Manusia sentiasa tidak puas apa yang ada jadi cuba bayangkan jika ajal menjemput kita tanpa sebarang persediaan bagaimana?? jadi ikuti petua mengatasi rasa malas untuk bersolat.


1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.


3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Saturday, 15 December 2012

Hukum Berkhatan Lelaki Dan Wanita

by


Assalamualaikum ustaz,

Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak-anak kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
Wassalam


Jawapan:

Wa’alaikumussalam

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

Sekian

Ust Zaharuddin

sumber:myibrah.com

Friday, 14 December 2012

Akibat Buat Projek Dengan Isteri Orang

by

Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oildengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kandirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu lalu bertanya kepada isterinya,

” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.Baru je sampai tadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur.Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan ‘patung’ itu lalu berkata,

“nah….makanlah.”.

Si ‘patung’berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!..--gelagatkita.com




Rasullullah Melarang Umatnya memaki syaitan

by




Larangan memaki syaitan (ucaplah BISMILLAH)

Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w tersandung. "Celaka syaitan". Rasulullah s.a.w yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata "celaka syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: "Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh." Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat". (H.R. Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda: "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan', sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku'. Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, H.R. Abu Dawud [4982]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422])

Tuesday, 11 December 2012

5 Makanan Penyebab Kanser

by

1) Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

2) Daging yang diproses – Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.

3) Donut – Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.

4) Kentang Goreng – Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada ‘hidrogenated oils’ dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.

5) Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya – Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans-fat’.

Monday, 10 December 2012

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

by

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.-myberita.com

Friday, 7 December 2012

4 Petua Imam Syafi'e Yang Umat Islam Perlu Tahu

by

*Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman 

3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

*Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


 *Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

*Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat...

*Empat perkara menajamkan fikiran...

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

*CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau ada kesudian ..
Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. SELAMAT BERAMAL =)

untuk mengingatkan pada yang lupa dan pada yang tak tahu..:)

Wednesday, 5 December 2012

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih

by
Ilmu guna-guna (At-Tiwalah) atau disebut juga ilmu pengasih (Mahabbah) adalah salah satu bentuk sihir yang berasal dari jin.  Perbuatan tersebut adalah musyrik kerana meyakini bahawa guna-guna itulah yang dapat mempengaruhi hati seseorang sedangkan ianya adalah perbuatan syaitan.  Guna-guna yang mendatangkan kemusyrikan adalah disertai dengan jampi2 meminta bantuan jin.

Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih

--->Asmara dan cinta yang berlebihan
--->Tidak dapat menahan rasa cintanya
--->Selalu teringat kepadanya
--->Mentaati segala kemahuannya
--->Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks

Pengubatan Sihir Guna-Guna

Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.

Jika  merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut.   Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya.  Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya.   Ayat tersebut adalah :

Surah Al-Baqarah ayat 102
Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
Surah Yunus ayat 18 dan 28
Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
Surah Thaha ayat 69

Insyaallah.

Perkongsian Ilmu Buku "Kisah-Kisah Benar Jin" susunan Abu Hikmah Al-Husni

Tuesday, 4 December 2012

Bayi Yang Baru Dilahirkan Mati Dimakan Tikus

by

Seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan pramatang mati dimakan oleh tikus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah wad hospital di Chennai, India.

Pada mulanya ibu bapa kepada bayi itu diberitahu bahawa daging koyak pada wajah bayi perempuan mereka adalah disebabkan oleh septisemia. Tetapi kemudian mereka diberitahu bahawa sebenarnya luka itu disebabkan gigitan tikus.

Mayat bayi itu telah diletakkan di satu sudut di Kasturba Gandhi Women and Children Hospital semalaman. Medik memberitahu polis bahawa mereka tidak menghantar mayat bayi ke rumah mayat hospital kerana ia adalah untuk orang dewasa sahaja.

Menteri kesihatan tempatan, VS Vijay berkata: "Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat itu. Kami akan menggantung doktor yang terlibat jika mereka melakukan kecuaian."
sumber:gilakahaku.blogspot.com

Monday, 3 December 2012

6 Fakta Menarik Mengenai Nokia 3310

by
1. Dikeluarkan pada tahun 1999, pada masa itu Nokia 3310 sangatlah popular sehingga tahun 2005.
2. Sesiapa yang mampu memiliki telefon tersebut ianya boleh dilabel sebagai orang 'kaya' atau berkemampuan.

3. Harga telefon ini bermula pada RM400 hinga mencecah RM800. Pada masa itu harga Nokia 3310 sangatlah mahal.

4. Hampir 80% penduduk di muka bumi ini pernah memiliki telefon ini.

5. Kebanyakkan pemilik Nokia 3310 baru kali pertama memiliki telefon bimbit.

6. Tahan lasak

Friday, 30 November 2012

Wanita Suntik Dadah Pada Kemaluan

by
Terlebih dahulu mungkin gambar dibawah agak keterlaluan mengandungi unsur-unsur 18SX  jadi jika anda tak sanggup tengok sila abaikannya.Kebiasaanya dadah dicucuk pada tangan.Namun lain pula wanita ini yang mengambil dadah dan suntik pada kemaluannya sendiri.Lihat gambar-gambar dibawah





sumber:redah.org

Thursday, 29 November 2012

Azab Mengabaikan Laungan Azan

by
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan'sakar -atul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. -"

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.


Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah"Lailaha -illalla h. ."yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah"Lailaha -illalla h. .."Semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal alamin .."

Wednesday, 28 November 2012

Tips Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

by

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

Tuesday, 27 November 2012

Info Agama Anjing-anjing Neraka

by
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

1.Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

2.Bacalah Al-Quran
3.Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
4.Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
5.Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
6.Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
7.Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
8.Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
9.Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
10.Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itu pun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz,
" Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Sunnah Nabi Apabila Di Tandas

by
Selamat datang ke laman blog Putera izman dot com.Sebuah laman perkongsian pelbagai informasi yang menarik.Pada kali ini admin ingin kongsikan info agama iaitu sunnah nabi apabila di tandas semoga ia bermanfaat klik like fanpage kami jika ingin menerima pelbagai informasi lebih menarik.Ikuti info Sunnah Nabi apabila ditandas
1)Sunnah masuk tandas kaki kiri
2)Sunnah baca doa masuk tandas ketika nampak tandas yakni sebelum masuk.(Haram baca doa selepas dah masuk sebab kalimah allah,muhammad dan ayt2 quran diharamkan disebut dlm tandas)
3)Sunnah memakai selipar ketika dlm tandas

4)Sunnah menutup kepala ketika dlm tandas

5)Sunnah memakai kain basahan ktika mandi(makruh mandi bogel)

6)Sunnah rendahkan badan serendahnya untuk buang air dan cuma buka pakaian bawah ketika badan telah direndahkan(jgn buka masa tgh berdiri)

7)Sunnah buang air dlm keadaan mencangkung

8)Sunnah berdehem 3x selepas buang air kecil

9)Makruh lihat najis

10)Sunnah gunakan dulu benda kesat utk buang najis(seperti tisu) sebelum bahagian kemaluan dibasuh dgn air.

11)Makruh bercakap2 dlm tandas

12)Sunnah menjawab salam dgn berdehem(kalau ada org bagi salam dari luar tandas)

13)Makruh duduk lama2 dlm tandas tanpa hajat.

14)Apa2 idea yg dpt ketika dlm tandas,jangan disyorkan ke dlm mana2 mesyuarat agama kerana dikhuatiri ia idea dari syaitan.

15)Makruh kencing berdiri dan haram jika terpercik ke pakaian atau badan dan akn dpt seksaan kubur

16)Haram kencing dlm air yg tenang

17)Jangan bawa tulisan allah,muhammad atau ayat2 quran.

18)Jika memakai cincin yg tertulis kalimah,maka pusingkan ia ke arah perut tapak tgn dan genggamkan ia.

19)Jika ada ayat2 quran yg dijadikan tangkal lalu dijahit didalam gulungan2 pakaian,maka dibenarkan masuk ke tandas tanpa perlu bukak jahitan itu.

20)Keluar tandas dgn kaki kanan dan baca doa keluar dari tandas.

Monday, 26 November 2012

Kisah Cinta Yang Sedih

by
Suatu hari burung jatuh cinta pada mawar putih,burung pun berusaha mengungkapkan perasaannya.Tapi, mawar putih berkata,
"Aku takkan bisa 
menyintaimu."
Burung tidak menyerah kalah, setiap hari dia datang
untuk bertemu dengan mawar putih.Akhirnya, mawar putih berkata, 
"Aku akan menyintaimu, jika engkau dapat mengubah aku
menjadi mawar merah."

Dan suatu hari, burung datang kembali, dia
memotong sayapnya dan menebarkan darahnya,
akhirnya mawar putih bertukar menjadi mawar
merah.

Akhirnya, mawar sedar berapa besar burung
menyintai dirinya.Tapi, semuanya sudah terlambat, kerana burung
telah mati. Takkan kembali lagi ke dunia.

Itulah sebabnya mawar merah menjadi lambang
cinta.Hargailah siapa pun yang menyintaimu sebelum dia
meninggalkanmu.

Kisah Tukang Kasut Ingin Mengerjakan Haji

by

Terdapat sebuah kisah mengenai seorang Ulama' Islam terkenal bernama Abdullah bin Mubarak yang telah bermimpi semasa beliau sedang tidur berhampiran Kaabah.Di dalam mimpinya, Abdullah bin Mubarak melihat dua malaikat turun dari langit, dan berbual antara satu sama lain.
Salah satu malaikat bertanya: "Adakah anda tahu berapa ramai orang yang telah datang untuk menunaikan Haji tahun ini?"Malaikat yang satu lagi menjawab: "Enam ratus ribu telah datang untuk menunaikan Haji."

Abdullah bin Mubarak juga telah pergi untuk menunaikan Haji pada tahun itu.

Malaikat yang pertama bertanya lagi: "Berapa ramai Hajinya yang telah diterima?"

Yang kedua menjawab: "Saya tertanya-tanya jika ada Haji sesiapa yang telah diterima."

Abdullah bin Mubarak berduka mendengar perkhabaran itu. Dia berfikir, "Begitu ramai orang telah datang dari seluruh dunia, menempuh pelbagai halangan seperti sungai-sungai, hutan, gunung, mengalami kesusahan yang begitu banyak, dan melibatkan perbelanjaan yang begitu banyak. Adakah usaha mereka akan menjadi sia-sia? Allah tidak akan membiarkan usaha sesiapa terbuang begitu sahaja".

Sedang beliau berfikir, beliau mendengar malaikat yang satu lagi berkata; "Terdapat seorang tukang kasut di Damsyik. Namanya Ali bin al-Mufiq, dia tidak dapat datang untuk mengerjakan Haji pada tahun ini tetapi Allah telah menerima hasratnya untuk mengerjakan Haji. Dia bukan sahaja mendapat ganjaran mengerjakan Haji tetapi disebabkan dia, semua umat Islam yang mengerjakan Haji akan diberi ganjaran.

Apabila Abdullah bin Mubarak terbangun daripada tidurnya, beliau memutuskan untuk pergi ke Damsyik dan berjumpa tukang kasut tersebut yang niat hajinya mempunyai nilai yang sungguh besar.

Apabila sampai di Damsyik, Abdullah bin Mubarak bertanya jika sesiapa tahu tukang kasut yang bernama Ali bin al-Mufiq. Orang-orang di bandar mengarahkannya pergi ke sebuah rumah. Apabila seorang lelaki muncul dari rumah tersebut, Abdullah bin Mubarak menegurnya dan bertanya namanya. Lelaki itu menjawab, "Ali bin al-Mufiq".

Abdullah bin Mubarak bertanya: "Apakah pekerjaanmu?"

Ali menjawab: "Saya seorang tukang kasut". Kemudian Ali bertanya pula nama orang asing yang telah datang mencarinya itu.

Abdullah bin Mubarak adalah seorang ulama Islam yang sangat terkenal, apabila Abdullah bin Mubarak memperkenalkan dirinya, tukang kasut itu cemas dan tertanya-tanya mengapa seorang ulama yang terkenal telah datang mencarinya.

Apabila Abdullah bin Mubarak meminta Ali untuk memberitahunya jika dia ada membuat sebarang rancangan untuk pergi menunaikan Haji, Ali menjawab; "Selama tiga puluh tahun saya hidup dengan harapan dapat menunaikan Haji. Tahun ini simpanan saya telah cukup untuk pergi menunaikan Haji tetapi Allah tidak mengizinkannya, jadi saya tidak boleh menterjemahkan niat saya itu menjadi realiti.

Abdullah bin Mubarak tidak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimana Haji lelaki tersebut boleh diterima dan disebabkannya, ibadah Haji semua umat Islam diterima dan diberkati Allah sedangkan lelaki tersebut langsung tidak mengerjakan hajinya tahun itu. Apabila berbual-bual dengan tukang kasut itu, beliau dapat merasakan ketulusan dalam hatinya. Islam tidak memandang kepada kekayaan atau kekuasaan tetapi pada kesopanan, akhlak yang baik dan kebaikan hati seseorang.

Abdullah bin Mubarak bertanya lagi; "Mengapa kamu tidak boleh pergi menunaikan Haji?". Ali sekali lagi menjawab dengan berhati-hati, "Ianya adalah kehendak Allah swt".

Apabila Abdullah bin Mubarak berterusan bertanya, Ali mendedahkan; "Suatu hari, saya telah pergi ke rumah jiran saya. Keluarganya sedang duduk berkumpul untuk makan malam. Walaupun saya tidak lapar, saya berfikir sebagai tanda hormat mungkin jiran saya akan menjemput saya duduk bersama untuk makan malam. Tetapi saya lihat jiran saya sedang berdukacita tentang sesuatu dan seolah-olah mengelak menjemput saya untuk makan malam.

Selepas teragak-agak seketika, jiran memberitahu saya: "Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput kamu untuk makan bersama. Kami telah terputus makanan selama tiga hari. Saya tidak tahan melihat anak-anak saya menahan kelaparan jadi saya telah keluar mencari makanan dan terjumpa seekor keldai yang telah mati. Dalam keadaan saya yang terdesak, saya memotong beberapa bahagian daging daripada haiwan yang mati itu, dan membawanya pulang ke rumah supaya isteri saya boleh memasak daging tersebut. Ia adalah halal untuk kami disebabkan keadaan kami yang sangat kelaparan dan terdesak tetapi saya tidak boleh menawarkan kepada kamu".

Ali menyambung; "Apabila mendengar ceritanya, saya berasa amat sedih lalu saya bangun dan pulang ke rumah dan mengambil wang 3000 dinar yang telah saya kumpul untuk mengerjakan ibadah Haji dan memberikannya kepada jiran saya. Saya juga terpaksa berlapar tetapi itu adalah wang untuk menunaikan Haji. Saya fikir membantu jiran saya pada masa yang sukar adalah lebih penting walaupun saya masih berkeinginan untuk pergi menunaikan ibadah Haji dengan izin Allah. "

Abdullah bin Mubarak sangat terkesan dengan cerita tukang kasut itu dan menceritakan mimpi yang telah dialaminya kepada tukang kasut tersebut.

Allah itu Maha Penyayang dan amat sayangkan orang-orang yang berbuat baik kepada makhluk-Nya. Sifat kasih sayang dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh tukang kasut tersebut sangat disukai oleh Allah. Perbuatannya itu bukan sahaja melayakkannya memperoleh pahala Haji tetapi telah diperluaskan kepada semua orang yang datang untuk menunaikan Haji.

Haji adalah satu perjalanan yang boleh menyuluh jiwa manusia mengingati masa ianya dicipta yang menjangkaui dimensi kehidupan ini sehingga jiwa tersebut akan bertemu dengan pencipta-Nya.

Keikhlasan seseorang mengerjakan ibadah Haji boleh membangkitkan spiritualnya ke tempat yang lebih tinggi. Haji yang mabrur dapat menghubungkan manusia kepada Pencipta dan mewujudkan rasa kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia.

Top Ad 728x90