Top Ad 728x90

More Stories

Wednesday, 5 October 2016

Tips Cara Untuk Elak Pintu Rumah Dipecah Oleh Perompak

by


Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.

Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.

Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.

Berikut adalah perkongsian beliau.
My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would share!
A good home security tip that you may have never thought about…. Most contractors install the plates with the supplied screws which are only a half inch long and come out with one kick by a burglar.
He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame and into the framing of the house. They can kick for a long time before they get tired!
You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself but they will most likely move on to an easier target.
Terjemahan dalam bahasa melayu.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.

Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan… Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.

Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh Mariana ini.


Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM

by


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta termasuk sembilan buah kereta mewah, barangan kemas, geran tanah serta beberapa lagi barangan lain, susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di ibu negeri itu, semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua wang dan barangan tersebut ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek. 

RM52 juta dari RM112 juta wang tunai itu disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek. Selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka. 

"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54 dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan untuk membantu siasatan. 





"97 geran tanah milik seorang dari pegawai kerajaan terbabit juga turut dirampas. Siasatan secara terperinci juga akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya. - 

Kredit: www.thereporter.my

Aircond Kereta Tak Sejuk? Ini Cara Mudah Servisnya Sendiri (Mohon Kongsikan)

by


D.I.Y SEJUKKAN AIRCOND KERETA

Musim-musim panas ni kalau aircond kereta buat hal kejap sejuk kejap tak jom lah kita buat sikit D.I.Y ni untuk sejukkan aircond kereta tanpa perlu ke bengkel kereta yang entah berapa RM kena cas nanti kan.

Artikel ini dipetik menerusi Facebook Seri Kehidupan Abadi.

Tak mahal pun buat D.I.Y ni, beli beberapa barang yang tak sampai rm50 je pun, dah boleh sejuk kereta korang.

MUDAH & SAVE BUDGET dengan ekonomi negara dan ekonomi sendiri tak menentu ni.

Antara bahan-bahannya ialah :


Foam Pipe
Aluminium foil tape
Cable Ties
Pisau @ Gunting


Dah ada bahan-bahannya boleh lah mula membalut... Jom kita mulakan.



Kalau tak tahu nak cari mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine. Tengak mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah sket. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.


Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung. Sejukkk woo aircon keta nanti.


Selamat Mencuba..

'Dapat Housemate Cantik Tapi Pengotor' - Gadis Nasihatkan Para Lelaki Jangan Mudah Terpedaya Dengan Perempuan Muka Cantik

by


Hello semua, ini aku nak cerita tentang budak-budak rumah sewa aku. Nama aku Yuri, bukan nak berlagak tetapi aku berasal dari anak orang berada. Aku tak pernah pegang penyapu, mop dan pakaian kotor. Kiranya aku tak pernah buat kerja rumah sebab ada bibik. 

Bila aku mula pandai buat kerja rumah? Bila aku tengok roomate aku bangun awal setiap pagi di hujung minggu untuk mengemas rumah. Aku bukan tak nak tolong tetapi aku tak reti. Kalau bilik air kotor sangat, aku panggil bibik datang cucikan. Punyalah berlagak kan. Jadi, bila tengok roomate aku tengah kemas rumah, aku pun tergerak hati nak tolong bersama. Jadi, terima kasihlah kepada roomate aku yang ajar aku cara menggunakan mop, penyapu dan lain-lain. 

Bila aku dah bekerja, aku duduk di rumah sewa. Dapat housemate yang okay pada pandangan mata tetapi Allah saja yang tahu betapa pemalasnya dua orang housemate aku ini yang bernama Ainur dan Berry. Selama dua minggu aku duduk di rumah ini, tak pernah dengar aktiviti berus memberus. Patutlah bilik air kotor nak mampos. Aku cari berus, jangan kata berus, sabun dan klorox pun tak jumpa. Berkira sangat nak membeli. 

Aku pun belilah barang-barang rumah. Cuci-cuci sampai berkilat. Boleh dikatakan aku cuci bilik air dan tandas setiap dua minggu. Ainur cuci sekali sekala saja. Itu pun kalau dia rasa dia nak buat. 

Selepas dua tahun, Berry nak pindah dan ada budak baru bernama Fatin menggantikan tempat dia. Dua tahun juga aku cuci bilik air itu seorang-seorang. Jadi, aku buat jadual kemaskan rumah. 

Minggu pertama dimulakan dengan aku. Kedua dan ketiga, tiada siapa yang cuci. Babun betul! Macam mana si Fatin dengan Ainur mandi? Tak rasa geli ke? 

Aku dah tanya si Fatin kenapa tak cuci bilik air. Sibuk pula katanya. Lupa dia kerani yang keluar rumah paling lambat tapi balik rumah paling awal antara kami. Akhirnya Fatin cuci juga bilik air itu. Bilik air sajalah, tandas yang tempat dia melabur hari-hari tak pula dibasuh. Itu pun cuci bilik air sekadar biasa sahaja. 

Si Ainur pantang ditegur kerana dia paling tua antara kami. Jadi aku malas nak tegur. Dia pula asyik bertanya kenapa diri dia tak kahwin lagi tetapi tak nak pula tanya diri dia sendiri bila dia nak basuh bilik air dan tandas? 

Kenapa aku mentioned aku anak orang berada? Sebab sebelum aku nak cop korang pemalas, aku selidiklah, bimbang korang ini anak orang kaya macam aku yang memang tidak pernah pegang penyapu. Cit! Rupanya tak. Bila ditanya siapa yang kemas rumah mereka selama ini, selamba saja beritahu mak diorang yang cuci. 

FACEPALM!

Aku sejak dah pandai mengemas, bibik aku jadi inspector kebersihan saja di rumah aku. 

Ainur dengan Fatin ini cantik sangat dan lemah lembut orangnya berbanding dengan diri aku yang gemuk. Bilik mereka kemas saja, pandai susun atur berbanding bilik aku bersepah. Tetapi kenapa mereka berdua ini tak pernah terfikir nak cuci bilik air? Aku boleh tolerate dengan orang yang bersepah tetapi bukan pengotor. 

Oh satu lagi, rambut perempuan ini cepat gugur. Jadi setiap kali aku mandi, aku naik geli bila tengok rambut tersangkut di lubang air. Geli-geli aku, masih juga buang rambut mereka. 

Dua tahun itulah rutin mandi aku sampai aku fed up. Mereka yang ada akal itu tak pernah terfikir, 

"Eh, rambut-rambut ini mana hilang eh?" 
"Rambut aku gugur banyaklah, tapi siapa kutip eh?"

Ada satu hari aku bercuti dua minggu. Bila balik rumah sewa, rasa nak muntah sebab rambut tutup habis lubang air. Terpaksa letak plastik dan cakap dengan housemate aku suruh buang rambut yang gugur itu dalam plastik. Sekali ketuk sekali jalan. Eee! 

Itu belum lagi kapas muka yang mereka gunakan untuk bersihkan muka, kemudian tinggalkan di sinki bilik air. Ya Allah, kapas itu kembang okay! Geli weh geli! Nasib dah kena sound setepek sebelum ini. Yang itu memang aku mengamuk sebab perangai dari Yahudi mabuk mana buang kapas tepi sinki. 

Kawan-kawan aku cadangkan aku sound setepek sebab aku ada kebolehan untuk sound orang. Tetapi bagi aku, Ainur dengan Fatin ini sudah layak dipanggil mak orang dah. Jadi tak perlu aku nak sound macam aku sound budak-budak di tempat kerja aku. Alasan yang selalu mereka guna, mereka sibuk. Ya, kerani memang sibuk dan aku faham sangat sebab dalam dunia ini ada 30 juta engineer yang mengurangkan kerja aku. 

Kepada lelaki-lelaki yang nak mencari isteri itu, tak perlulah tengok perempuan itu jenis kemas dan meja tak bersepah, atau menyangka perempuan lemah lembut itu pembersih orangnya bagai. Mungkin dia tak suka bersepah dan pembersih tetapi tukang bersih rumah bukan dia. - Oleh Yuri

Sumber: The Reporter

Tuesday, 4 October 2016

Cara Hapuskan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju Dengan 2 Bahan Sahaja Rugi Kalau Tak Cuba

by


Bila dah bergelar isteri dan ibu, tak sah satu hari kalau tiada pakaian yang tak menempel dengan kotoran. Tambah lagi bila anak sudah mula sekolah nak membersihkan baju sekolah yang berwarna putih itu memang satu hal.

Tapi satu lagi kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret suami.

Biasanya kalau guna deodorant, baju mesti jadi mangsa. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning. Kalau pakai baju berwarna gelap ok lagi kan, tapi kadang tu memang ada tempat kerja digalakkan pakai baju berwarna cerah. 

Lagipun siapa yang nak pakai baju warna gelap ke tempat kerja hari-harikan. Teringin juga untuk menambah keyakinan tapi risau pula bahagian ketiak baju yang berubah warna kuning tu!

Inilah yang akan rosakkan penampilan anda, nak angkat tangan pun agak segan. Kadang walau dicuci, kesan kuning tetap ada. Tak kan nak beli baju baru setiap kali masalah ini berlaku mahu kering poket tiap-tiap bulan tukar baju. 

Jadi hari ini kami kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun. Kalau dah sental-sental tak hilang juga ikut petua ini. So simpan artikel ni okay.

Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu sediakan cuka!

Cuba semak sini caranya:

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.
2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.
3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.
4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.
5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka
6. Kemudian anda boleh mencuci baju seperti biasa dengan sabun dan terus keringkan seperti biasa. 

Selamat mencuba!

Berhenti Duduk Cara Begini Dalam Kereta Kalau Sayang Nyawa Anda..

by


Kami yakin dan pasti ini adalah posisi duduk paling selesa semasa di dalam kereta terutama bila kita dah tak tahu nak buat apa. Tapi laporan telah menunjukkan cara duduk dengan meletakkan kaki di atas dashboard adalah sangat bahaya dan boleh bawa maut!

Beg udara akan aktif pada kelajuan 100 hingga 220 MPH. Jadi, bayangkan kalau sesuatu terjadi dan airbag anda keluar tapi kaki berada di situ. 

Seorang pengguna pada post yang viral di Facebook menulis, " Saya duduk dalam keadaan begitu dan terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, tulang hidung saya patah dan hilang gigi saya. Saya menerima 8 jahitan di luar dan 6 jahitan di dalam."

Jadi sentiasa beringat dan pastikan anda memakai tali pinggang keledar. 

Kredit: ERA fm

Top Ad 728x90

Top Ad 728x90